Semalam tukang tukang kita di bertam lama, sg rek, lata rek, laloh, manjor dan kg tengah kembali ke lapangan untuk meneruskan kerja binaan rumah TRANSIT dan juga KEKAL, sasaran kita kali ini, semua 15 unit yg sedang diusahakan ini dapat kita sempurnakan dlm tempoh 7-21 hari.

Pastinya kali ini kita meletakkan Raya Haji sebagai milestone seterusnya selepas ramadan dan aidilfitri berlalu. Ada yg kita sempurnakan on time ada yg tidak kerana bergantung pd bahan, dana, cuaca, malahan bulan lepas ramadhan team kita bekerja penuh untuk membantu menyempurnakan amanah penyumbang serta yg lebih besar PENGHARAPAN mangsa.

Seperti abg raja sebutkan dalam posting tiga hari lepas, keutamaan kita selepas ni membantu rumah para asnaf, projek telaga tiub serta persediaan pasukan sukarelawan barisan hadapan untuk menghadapi kemungkinan banjir yg besar musiman walaupun bukan skala mega hendaknya.

Sesungguhnya kelangsungan perjalanan misi ini untuk separuh tahun kedua ini, sgt dan sgt bergantung pd komitmen berterusan warga besar kita THIRD FORCE. Semoga ALLAH mempermudahkan usaha kita ini. Insyaallah. Disertakan perkembangan pembinaan rumah wan bersaudara di manjor, 4 beradik sg rek, man lata rek, dan juga bertam lama.

Masih ingat kisah kak yah, kak yah telah beraya dlm rumah baharu, khemah kak yah baru dibuka..Alhamdulillah, walaupun ELEKTRIK blm sempurna, kita telah dpt pindahkan dua dulu keluarga di Bertam Lama dari Khemah ke Rumah Transit kita. ALHAMDULILLAH

[7/23, 12:22 PM] Dr. Suhaily: Credit pada Abg Kadir dan Yo yg telah kembali bertugas sejak dua hari lepas

1180total visits,1visits today

Related Post