[vc_row][vc_column][vc_column_text]laporan oleh: Azihan

segamat- Sukarelawan Third Force segamat yang diketuai oleh Azihan telah Menyantuni asnaf semalam di Kg Pekan Air Panas, Azihan ditemani rakan-rakan sukarelawan yang lain menyampaikan amanah & sumbangan “Dermalizer”.

pelbagai suka dan duka dilalui sepanjang bantuan dilaksanakan sehingga ada asnaf seorang nenek sangat terharu dan  tidak terkata dengan pemberian daripada kami sehingga nenek tiba-tiba sebak dan cium tangan saya. saya begitu terharu dan terkejut dengan apa yang nenek lakukan sehingga saya  dalam tidak sedar menitiskan air mata dengan apa yang berlaku, namun saya beranggapan saya seorang sahaja yang masuk habuk,rupanya kawan-kawan lain pun sama.

inilah yang dikatakan Nikmat bersyukur, benar kata abang Raja, mungkin sumbangan yang diberikan nampak kecik dimata kita tapi besar di mata mereka. di ahkhir pertemuan kami, nenek tersebut mengirim salam kepada pengasas Third Force iaitu Abg Raja dan semua yang terlibat membantu dalam menyebarkan gelombang kasih sayang ini.beliau ditemui selepas menghadir program Communication For Behavioural Impact.(COMBI)

“mesti ada yang tertanya kenapa kami pakai luminous jacket tu..bergerak di waktu malam kah..oh tidak..sebelum bergerak ke rumah-rumah asnaf,kami luang kan masa dam  tenaga untuk program basmi dan musnah tempat pembiakan nyamuk aedes..”

nama sedapnya COMBI FELDA KEMELAH..
Bukan Combi Kassim Selamat..

 

Saya Azihan
Thirdforce Segamat

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Leave us a reply

*

*