[vc_row][vc_column][vc_column_text]Kalau nak bergerak ada corporate / jenama pengeluar kenderaan sponsor bagus kan … mudah kita nak agihkan barang. Ni tidak … terpaksa guna transport personal yang asyik rosak sana sini.

Kalau ada syarikat besar pengeluar biskut yang tersohor kilang bapakkk besar sponsor biskut paling best keluaran mereka kan bagus … dapatlah asnaf merasa biskut kilang di Malaysia buatan rakyat Malaysia sendiri yang orang miskin sendiri tak pernah merasa.

Kalau ada syarikat beras sponsor beras untuk asnaf kan bagus …

Kalu ada syarikat barang plastik sponsor bakul untuk kita letak barang2-barang bantuan kan bagus .. taklah kita susah-susah beratur kedai RM2 ringgit dan usung bakul kesana kemari.

Kalau ada syarikat Minyak masak yang bapakk besar pengeluar minyak masak terbesar yang ada kat Malaysia ini sponsor minyak masak kan bagus … takdelah kita round dari satu kedai ke satu kedai cari minyak masak … sebab minyak sawit dah habis .. yang ada minyak jagung yg mahal.

Kalau ada syarikat minyak di Malaysia yang sponsor petrol untuk sukarelawan thiirdforce keluar agihkan bantuan pada asnaf kan bagus … sebab kitakan negara pengeluar minyak … tapi tak berlaku begitu. Terpaksalah sukarelawan kita kehabisan minyak tak ada duit nak isi minyak tunggu abangraja bank inkan duit dulu.

Kalaulahh … kalaulah …

Kepada semua sukarelawan,
Dengar ni abangraja nak pesan …

JANGAN MENGELUH DAN JANGAN ADA FIKIR MACAM NI …
TAK BAIK !!

Kita buat semua ni kerana Allah …
Bukan kerana makhluk
Bukan kerana duit
Bukan kerana kebendaaan dan pujian …

Teruskan melangkah ke depan…
Allah tak tengok kuantiti tetapi Allah nilai kualiti keikhlasan kita.
Allah tak tengok berapa ramai asnaf kita santuni
Berapa banyak barang bantuan kita agihkan
Tapi Allah nilai keikhlasan kita …
Dan ikhlas tu hanya kalian yang tahu ..

Biarlah tiada ramai manusia yang menyertai jika benar begitu …
Yakinlah jutaan malaikat bersama …

Allah akan hanya bawa orang baik-baik untuk bersama kita
sebab kerja yang kita buat ni kerja baik
Orang jahat tak suka kerja baik

Orang yang hati tak baik Allah tutup pintu hati untuk bersama kita …

Perhatikanklah …
Hanya orang baik-baik Allah bawa bersama-sama kita
orang biasa-biasa dari rakyat terbawah …
orang kaya yang hatinya baik-baik dan dermawan
Orang miskin yang sumbangkan doa
Semua orang baik-baik..

Allah bawa bersama kita
Hanya orang baik-baik yang nak cari redha Allah sahaja
Perhatikanlah di sekelilingmu … perhatikanlah …

Hidayah nikan milik Allah …
InsyaAllahh …

Perlahan-lahan kita bina satu budaya baru dalam masyarakat
Kita bina tamadun bangsa kita dengan cara yang betul
Perlahan-lahan ..
kita ajak semua orang jommmm jadi orang baik-baik

Satu hari nanti insyaAllah
Ramai akan menyahutnya …

[/vc_column_text][/vc_column][/vc_row]

Leave us a reply

*

*