Info susulan dari Sukarelawan bertugas Ayah Ngah @ Cikgu Izani berkaitan kes asnaf di kebakat En Roslan:-

Encik roslan dan puan hakimah pernah senang dulu. Roslan seorang pengusaha yang mengedar sambal daging sehingga ke luar negeri dan tempatan. Pada masa itu ada 5 org anak yang bersekolah di SK Padang Pohon Tanjong.Roslan kerap ambik lewat anak-anaknya dari sekolah kerana hantar sambal di kawasan yang jauh. Anak-anak duduk di musala sekolah sementara tunggu bapa ambik.

Roslan sangat baik dengan kawan anak-anaknya, sering memberi wang pada kawan-kawan anak-anaknya yang ada bersama.Dia boleh dikatakan senang dengan pakaian yang kemas bergaya dan berkereta.Bagaimanapun setelah beliau tertipu dgn agen perumahan kehidupannya berubah. Hari demi hari hidup nya menjadi semakin daif hingga kehari ini.Lantaran mereka pernah senang membuatkn mereka malu untuk meminta minta.

13680242_10157172804165134_1916375292376986749_oIni bermakna roslan adalah bekas usahawan dan mempunyai pengalaman yang baik dalam perniagaan.Mungkin kerana kejadian tipu itu membuatkan dia terus tersepit dan tidak dapat melepaskn diri. Kesan dari itu corak hidupnya terus merudum dan putus asa. Dan mungkin salah satu sebab selain trauma dengan kes cubaan culik anaknya, rumahnya tertutup kemas kerana mereka tidak mahu ada orang melihat kemiskinannya.Tidak mahu ada yang melihat kejatuhannya. Sebab itu dia tidak meminta-minta seperti asnaf yg lain. Dia seolah olah sedang bersembunyi.

Difahamkan dia pernah ada bibik utk menjaga anak-anaknya semasa pemergiannya suami isteri.Ini membawa maksud roslan dan hakimah adalah pasangan yang berkemampuan bangun semula kalau diberi peluang sekali lagi untuk menghidupkan semula usahanya yang lalu.

Thirdforce dengan ini melancarkan plan pembangunan perniagaan untuk asnaf Abang Roslan. Kepada agensi berkaitan atau mana-mana IPTA yang nak bersama kita dalam projek rintis keusahawanan ini bersama Abang Roslan kahadiran kalian sangat di alu-alukan. Semoga Allah berkati kerja buat kita.

Wallahualam …

 

Related Post

Leave us a reply

*

*