INFO DARI SAUDARA SYED THIRDFORCE PORT DICKSON :-

Assalamualaikum wbt/Salam Perpaduan

No Rujukan : 3rdForcePD/ Asnaf/2017/003
Nama Penuh : Norazliza binti Abu Noh
No KP : 840822055134
Nama Anak :
MuhaMmad Nurhan Aqbar – 11042005046
Nurhannisa qaisara – 121006101672
Nurhannia adura qalisya -141124050464
Alamat Rumah : Taman Desa PD
Bantuan JKM/ Baitulmal : Dalam proses
Bantuan Yang Diperlukan : Barangan Keperluan Makanan, Susu untuk Kanak-kanak , Bantuan Kewangan untuk membanyar pendaftaran Tadika dan sewa rumah tertunggak.

Maklumat Ringkas :
Puan Liza mempunyai 3 orang anak yang memerlukan perhatian kita semua. Pelbagai dugaan melanda keluarga ini termasuk yang berlaku pada suaminya yang telah ditahan di Tampoi sementara menunggu sebutan kes pada 6 Januari 2017 ini nanti. Tiada pekerjaan dan tiada pendapatan disebabkan terpaksa menjaga anak-anak kecil yang memerlukannya setiap masa.

Bagaimanakah hidupnya? Anak-anak kecil ini perlukan makanan dan susu untuk mmbesar. Atas ihsan jiran dan kawan-kawan dapatlah hidup tapi sampai bila? 3rdForce hadir atas maklumat kawan-kawannya yang prihatin pada keluarga ini.

Kehadiran kami begitu memberikan kegembiraan kepada anak-anak ini. Dengan fizikal yang kecil boleh mengangkat barangan sumbangan kami. Pilunya hati melihat salah seorang anaknya membaca buku lusuh . Diberitahu kepada kami, anaknya begitu teruja hendak belajar di Tadika. Atas kekangan kewangan, Pn Liza terpaksa menangguhkan pendaftarannya di Tadika yang terdekat.

Pihak 3rdForce PD telah menghubungi Tadika yang berhampiran dan akan mengambil maklumat tentang pendaftaran ke Tadika berkenaan. Mohon dipermudahkan.

Kisah ini kisah realiti,  kisah masyarakat yang perlu keprihatinan kita. Oleh yang demikian, kepada sahabat yang ingin membantu kluarga ini , boleh menghubungi 3rdForce PD di talian 0172358190. Saham anda ada di sini.

Untuk melawat keluarga ini, boleh PM saya di inbox.

#jomjdorgbaikbaik
#The3rdForceNS

Related Post

Leave us a reply

*

*