PASIR PUTEH: pertubuhan bukan kerajaan (NGO) kemanusian pertama The 3rd Force hari ini  memenuhi jemputan ketua kampung, pak imam dan asnaf Kak Dah dengan anaknya Orang Kelainan Upaya (OKU) Sabri untuk solat hajat menduduki  rumah baru. sudah seminggu lebih rumah itu siap rupa-rupanya asnaf ini tidak tinggalpun di rumah baru selagi pengasas The 3rd Force Raja Shamri Raja Husin tidak datang solat hajat.

Begitulah sifat rendah diri dan betapa syukurnya Kak Dah atas sedikit pemberian keluarga besar thirdforce kepada mereka. Berbahagialah mereka yang dari dulu sentiasa bersama saya dan usaha kemanusiaan ini bersama sama mendapatkan saham akhirat masing-masing.

Salam dari Kak Dah dan anaknya Sabri. Walaupun Sabri tidak dapat bercakap dengan sempurna tetapi permohonannya untuk memakai baju thirdforce hari ini menjadikan hati rasa sebak. Seandainya dia insan sempurna pasti dia akan membantu usaha kemanusiaan bersama sama kita sentiasa …

Tidak mengapa yang pasti kita semua yang menyumbang akan sentiasa dalam doa Kak Dah dan anak OKU nya Sabri.

Kita serahkan secara rasmi rumah yang sudah siap ini tanpa ada apa-apa majlis penyerahan besar-besaran. Sekadar solat hajat kesyukuran pada Allah Tuhan pemilik sekian alam.

Jommm jadi orang baik-baik.

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*