Salam semua..

Masuk 2017 ini bermakna telah masuk tahun ketiga gerakan kemanusiaan Thirdforce yang sama-sama kita dokong dan di gerakkan ini. Sehari dua lagi saya akan upload ke website laporan aktiviti kita untuk tahun 2015 diikuti laporan aktiviti 2016 untuk tatapan umum.

Bermulanya tahun 2017 ini saya rasakan perlunya kita ada lebih ramai golongan pemikir dan profesional untuk menyertai kita secara terbuka dalam menyumbangkan juga idea dan buah fikiran.

Antaranya untuk develop dasar-dasar khusus yang holistik seperti Dasar Pendidikan Thirdforce yang menekankan pendidikan percuma kepada semua asnaf dan orang miskin di Malaysia, Dasar Perubatan dan Kesihatan Thirdforce yang menekankan perlunya insurans takaful dan khairat kematian, kesihatan mental, perubatan percuma, perkhidmatan ambulans percuma dan sebagainya.

Dasar Pembangunan Keluarga yang menekankan Total Family Happiness sebagai ukuran bukannya GDP atau income per kapita, Dasar Perumahan yang menekankan pembinaan rumah asnaf yang kos efektif dan bina terus tanpa banyak tapis kontrak untuk elakkan rasuah, lobi projek dan markup harga serta pelbagai dasar dan program pada skala micro dan macro.

Saya keseorangan dalam cuba untuk menggariskan dasar-dasar ini dan menawarkannya untuk dinikmati kepada asnaf dan juga rakyat Malaysia melalui usaha kemanusiaan dan penyebaran gelombang mengajak orang ramai jomm jadi orang baik-baik ini.

Penyertaan dan kesediaan tuan-tuan keluarga besar thirdforce dari kalangan profesional dalam bidang masing-masing untuk bersama saya, jadi sbahagian dari keluarga besar thirdforce menggarap dan sama-sama merancang, menulis, membina, membangunkan dan meraealisasikan dasar-dasar khusus thirdforce ini bakal mengekalkan kelestarian usaha kemanusiaan ini.

Suddenly i sounds like a politician.
Nope! I am not.

I just hope to do something good for the poor … For all of us.

Ada apa-apa komen atau pendapat tentang cadangan saya berkaitan dasar-dasr thirdforce ini?

Whatsapp saya Raja Shamri 017-3872232 … saya orang kampung sahaja … tidak ada protokol dan birokrasi.

Kita jadi orang baik-baik insyaAllah …

Kongsikan mesej ini sejauh mungkin kerana sharing is caring

Attachments
  • the_thinking_man_by_jonc20-d2y3jlh

Related Post

Leave us a reply

*

*