TUMPAT: The 3rd Force Tumpat hari ini telah menyantuni adik Adam yang tinggal di Perkampungan Baru Nelayan Tumpat Kelantan. adik Adam merupakan anak yatim yang nyaris di pisahkan dengan adik-adik dan di serahkan kepada orang kaya di Kuala Lumpur lantaran kedhaifan keluarga.
Adam seorang yang cemerlang sering mendapat keputusan tempat pertama dalam kelas, seringkali juga mengidap sakit kulit kronik lantaran rumah yang dia dan keluarganya menumpang berhampiran pantai dan terpaksa hampir setiap hari mengharung air bila air laut pasang.

lawatan itu juga dihadiri oleh pengasas The Thirdforce iaitu Raja Shamri Raja Husin atau Abang Raja. menurut Abang Raja, pihak Thirdforce telah memberi kata-kata semangat dan motivasi kepada adik Adam dan kelurga suapaya tidak meneruskan niat untuk memisahkan dia dari keluarganya.

“Thirdforce berjaya memujuk agar adam tidak di pisahkan dari kakak dan adiknya. Kita akan uruskan persekolahannya ke sekolah yang ada asrama dan bantu segala kos pembelajarannya”

di akhir pertemuan itu, The 3rd Force menyampaikan sumbangan kepada ibu adik Adam hasil daripada sumbangan awam untuk kegunaan pembelanjaan persekolahan adik Adam dan adik beradiknya. Ketua sektor kebajikan The 3rd Force Kak Yong akan menguruskan keperluan, pertukaran sekolah dan sebagainya.

Attachments
  • adam3
  • adam2
  • adam1

Related Post

Leave us a reply

*

*