PASIR PUTEH: The 3rd Force hari ini mengumunkan untuk melancarkan secara rasmi 3rd Force kawasan yang belum ada wakil. Menurut pengasas The 3rd Force Raja Shamri Raja Husin melalui laman Facebooknya sebentar tadi menyatakan pentingnya bilamana setiap kawasan atau jajahan ada wakil 3rd Force.

Hal ini kerana, bila wakil kita ada di setiap kawasan, segala bentuk bantuan awal boleh dikenalpasti dan diberi kepada mereka yang betul-betul layak. Contohnya ketika musim banjir berlaku ketika ini, sekiranya ada wakil kita, urusan penyampaian maklumat lebih mudah untuk disalurkan kepada pihak berkuasa untuk diberi tindakan yang pantas.

“Hari ni kita bersetuju¬†untuk melancarkan secara rasmi Thirdforce peringkat kawasan di Bachok , Tanah Merah, Jeli dan Rantau Panjang setelah melihat ramainya asnaf yang perlu sama-sama kita bantu serta keperluan mendesak kepada adanya wakil kita untuk mengatur¬†program bantuan di kawasan-kawasan tersebut. Kita sebenarnya telah bergerak ke semua kawasan-kawasan ini tetapi belum ada pelancaran rasmi”

Pelancaran rasmi perlu untuk create public awareness dan juga menjadi pressure group, sumber saluran maklumat yang tepat dan koordinator program bantuan yang telus dan efisien.

tambahnya lagi, dengan kefahaman yang sama iaitu mencari bekal akhirat dan menjadikan kerja-kerja kemanusiaan dan penyebaran gelombang jomm jadi orang baik-baik ini maka semuanya bakal di permudahkan Allah.

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*