TERENGGANU: The 3rd Force terengganu yang diketuai oleh Dr. Faizul telah mengadakan aktiviti kemasyarakatan mencuci SK Bukit Tadok. seramai 80 orang yang terlibat dalam misi kali ini dimana dianggotai oleh 5 org dari pasukan 3rd Force Terengganu, 25 org SPRING, hampir 20 org student Politeknik Hulu Terengganu. Manakala komuniti setempat dalam 40 orang.

menurut penyelia 3rd Force negeri Dr. Faizul, semua kerja-kerja mencuci berjalan dengan pantas. Disokong pula jentera bomba di lokasi menambah lagi kepantasan bekerja. beliau berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat dan berharap aktiviti seperti ini dapat diteruskan serta kerjasama oleh agensi-agensi boleh di pertingkatkan lagi.

“Kan seronok kita pakat(sepakat) ramai-ramai buat kerja baik-baik macam ini. Bukan sokmo (selalu) pun. Manalah tahu lain kali giliran kita. Kita pun mengharap bantuan sukarela macam ini kan”.

Tambahnya lagi, semua aktiviti pembersihan tamat dalam jam 12 tengahari. Lepas ni kerja-kerja membersih rumah orang-orang tua dan OKU pula.

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*