21 Feb (Kuala Lumpur) -Adik Nazif..si kecil yang tabah..

Adik Nazif dari Jitra, Kedah datang ke IJN hari ini untuk membuat rawatan susulan sakit jantung yang dihidapinya sejak kecil.

Menaiki bas bersama ayah dan ibunya serta seorang adiknya malam tadi dalam keadaan serba kepayahan dengan kedua kaki yang telah tiada dan keadaan kesempitan hidup serta kesederhanaan membawa mereka sampai di Hentian Duta jam 4 pagi tadi.

Pemeriksaan dengan Dr. Mazni doktor pakar jantung kanak-kanak IJN berjalan dengan lancar. Hasil dari ECG dan EKO ke atas adik Nazif, doktor memberitahu cuma injap masih lagi bocor dan saluran ada yang sempit agi. Buat masa sekarang, tidak ada apa-apa lagi rawatan yang perlu dibuat.

Appointment yang seterusnya hanya di tahun hadapan.

Namun demikian, adik Nazif dan keluarganya sangat positif dan sentiasa mengharapkan keajaiban untuk kesembuhan yang sepenuhnya.

Selesai pemeriksaan, adik Nazif dan keluarga menaiki bas jam 4.20 ptg untuk pulang ke Jitra.

Jutaan terima kasih dr pihak keluarga Adik Nazif kepada Abg Raja dan keluarga, 3rd Force KL, doktor2 di IJN, Dr. Marhisham, Dr. Mazni, Dr. Faezah, nurse2 yg begitu dedikasi.. Sister Shima dan lain2..

Juga tidak dilupakan keluarga besar 3rd Force seluruhnya yang terus membantu tanpa henti dalam apa saja cara sejak dulu hingga kini.

Sesungguhnya doa dan jasa baik kalian semua sangat bermakna buat keluarga kecil ini…

Umi
IJN
21022017

812total visits,1visits today

Attachments
  • rawatan-susulan-adik-nazif-jitra-di-ijn-1

Related Post

Leave us a reply

*

*