ZIARAH KASIH THIRDFORCE : 4 YATIM PIATU BERSAMA NENEK YANG DI MAMAH USIA

Hari ini Third Force menyampaikan sumbangan persekolahan sumbangan kalian semua di luar sana bagi meringankan beban Nenek Aminah di kg Budi kuala krai yang menjaga cucunya anak yatim piatu seramai 4 orang.

Kiaah pengorbanan nenek tua menjaga 4 cucu anak yatim piatu ini pernah abangraja kongsikan dulu …

Abang yg sulung anak2 yatim piatu ini terpaksa berpisah dengan adik2nya lantaran dek kemiskinan dan kini menetap dirumah anak yatim di kota bharu manakala 3 orang lagi adiknya menetap bersama nenek mereka ini dirumah sewa mereka.

Semasa kunjungan dilakukan keadaan hujan teramat lebat sekali dimana rumah sewa yang mereka diami ditenggelami air banjir … lokasi rumah sewa ini yang berdekatan dengan paya yang ada dibelakang rumah tersebut menyebabkannya selalu dinakki air bila hujan lebat.

Kita menawarkan utk membantu membeli pakaian sekolah cucu-cucu nenek Aminah tapi beliau memberitahu kami pakaian sekolah baru tak berapa penting … pakai je yang mane boleh pakai dahulu untuk cucu2nya asalkan yg penting sekali segala yuran2 sekolah dapat diselesaikan … Begitulah kerendahan diri dan kesederhanaan yg menjadi pegangan hidup nenek dan cucunya yg yatim piatu ini.

nenek aminah sungguh terharu dan mengucapkan berbanyak2 terima kasih kepada semua penyumbang.. semasa kunjungan dibuat hujan lebat sangat … Nenek sudah terlalu uzur menoreh getah. .. umur nenek aminah dah dekat hampir 70an ditambah keadaan kesihatan yg sering mengganggu menjadikan sumber pendapatan keluarga sangat terhad.

Terima kasih thirdforce
Terima kasih semua.

ZULKIFLI
TF Kuala Krai

Related Post

Leave us a reply

*

*