Laporan Semasa Keadaan Rakit Bot 3rd Force Pasir Pekan.

Bagi persediaan menghadapi banjir sedikit hari yang lalu kami telah membuat pemeriksaan pada setiap bot thirdforce yang ada. Semua bot berada dalam keadaan baik dan bersedia. Bot-bot ini adalah sumbangan kalian semua keluarga besar thirdforce sejak dulu.

Abangraja telah bersetuju utk kita bina sebuah rakit bot di tepi sungai Kelantan dua tahun lepas agar kita dapat menjaga amanah dan sumbangan kalian semua ini dengan baik utk jangka masa panjang.

Ianya bukannya sesuatu yg mudah utk sebuah gerakan baru seperti thirdforce. Macam2 fitnah, dengki dan iri hati yg dilemparkan kepada abangraja dan kami semua oleh mereka yg hatinya sakit.

Sekarang sudah masuk 2 tahun rakit bot kita terbina dan disitulah kita parking sebahagian bot2 thirdforce.

Sebahagian lagi bot2 kita yg kalian sumbangkan kita telah agihkan dan letakkan di kawasan2 yg selalu berlaku banjir di serata pelusuk negeri.

Visi abangraja adalah untuk tidak mahu kita pusatkan lokasi bot-bot sumbangan kalian semua ini di satu tempat kerana ianya akan melambatkan proses bantuan jika berlaku musibah banjir.

Ada juga sebahagian bot kita abangraja telah bersetuju utk sumbangkan kepada jabatan kesihatan negeri utk bantu punggah orang sakit waktu musibah dan juga kepada agensi kerajaan pusat dan negeri yg kekurangan bot pada waktu itu seperti JPAM, Jabatan Amal dsbg.

Bagaimana pun kita mendapati tali penambat rakit bot kita ini sudah semakin reput.

Tali yang ada mungkin tidak sesuai lagi untuk digunakan menghadapi kekuatan arus sungai yang mengalir deras.

Tali menjadi “pohu” atau rapuh kerana terdedah pada hujan dan panas setiap hari.

Buat masa ini kita sambung2 tali kerana ada tali yg telah putus kerana geseran pada batu tambatan.

Rakit bot sekarang berada dalam keadaan yg selamat. Bagaimana pun kita masih memerlukan tali yang kuat untuk mengikat rakit kerana keadaan air sungai yg tidak menentu.

Kalau ada maklumat kat mana kami boleh dapatkan tali heavy duty ni bagi tahu ya .. WhatsApp 017-387 2232

Sekian laporan saya, terima kasih.

Mohd Nasir Ab kadir.
Pengurus Rakit Bot 3rd Force
Pasir Pekan.

Related Post

Leave us a reply

*

*