[TF SABAH] PROGRAM “SELIMUT SYURGA”

**Hendak Seribu Daya, Tak Hendak Seribu Dalih *

TAWAU 8 Januari 2017 – Peribahasa ini sering dikongsikan kepada semua sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah. Untuk melaksanakan misi bantuan kepada asnaf bukannya sentiasa berjalan dengan lancar. Seringkali terdapat pelbagai halangan atau rintangan. Namun tekad dan amanah yang dipikul pasti sukarelawan akan menyempurnakan misi bantuan semampu kami.

Begitulah yang terjadi pada misi bantuan “SELIMUT SYURGA” malam ini. Asnaf yang dicari telah berpindah tempat. Pembayang lokasi terlalu kabur untuk menjejakinya. Alhamdulillah Allah itu sentiasa melihat dan membantu hambanya yang betul-betul meminta pertolongan. Setelah 3 jam menjejak asnaf yang dicari telah ditemui di pondok buruk tempat mereka berteduh.

Asnaf ini merupakan 1 keluarga yang sukarelawan temui semasa program “Dapur Syurga” baru-baru ini. Keluarga ini terpaksa tidur di kaki lima (suami isteri dan 4 orang anaknya yang masih kecil) kerana ingin mencari duit tambahan (mengumpul kotak dan tin minuman) untuk dijual.

Apabila sukarelawan sampai ke pondok, sangat pilu melihat keadaan keluarga ini. Anak-anak mereka tidur tanpa alas dan selimut. Berhimpit-himpit dipondok mereka. Beberapa barangan dikongsikan kepada asnaf ini seperti selimut dan barangan makanan kering untuk kegunaan mereka sekeluarga.

Terima kasih kepada semua team sukarelawan yang terlibat. Begitu juga semua keluarga besar PERKALAS@3rd Force Sabah dari seluruh Malaysia yang sentiasa membantu menjayakan program di Sabah. Semoga Allah membalas jasa kalian semua. Sentiasa berdoa agar kita semua istiqamah dalam misi menyebarkan gelombang jom jadi orang baik-baik.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*