PERKHIDMATAN AMBULANS THIRDFORCE UNTUK ASNAF

Sewaktu saya mula-mula mengumumkan agar kita berusaha untuk mengujudkan thirdforce medical team dulu ramai juga yang bersikap prejudis dan mengambil sikap tunggu dan lihat. Tidak kurang juga yang berkata ianya adalah gimik yang saya umumkan sekadar nak menyedapkan bacaan di facebook saya.

Namun setelah saban tahun kita anjurkan majlis berkhatan beramai-ramai anak2 orang miskin secara percuma dengan kerjasama hospital HRPZ2 dan beberapa badan lain dan makin ramai doktor dan paramedik menyertai kita maka kita tanpa sedar sudah memiliki satu team perubatan kita sendiri.

Antara agenda yang saya gariskan perlu ada dalam thirdforce medical team adalah perlunya kita memilki ambulance untuk menampung kekurangan ambulans di hospital seluruh negara. Untuk itu saya telah umumkan agar kita sama-sama berusaha untuk meralisasikan usaha ini.

Maka hasilnya kita telah berjaya memilki ambulans kita sendiri dan diserahkan kepada D’Ras Red Ambulans untuk menguruskannya. Kita serahkan ambulans ini kepada Red Ambulans kerana Red Ambulanns adalah sebuah agensi yg profesional dan sudah berada dalam industri perkhidmatan ambulans ini sekian lama. Mereka berpengalaman dan memilki pemandu serta paramedik terlatih.

Segala urusan tempahan dan maintanence diserahkan sepenuhnya kepada Red Ambulans yang juga kini merupakan salah satu komponen thirdforce. Kita tak mampu menguruskan sendiri ambulans kerana ianya diluar dari bidang kepakaran kita dan kita tidak ada pemandu yg terlatih serta tak mampu untuk buat maintanence kenderaan khusus seperti ambulans ini.

Buat masa ini ambulans thirdforce diletakkan di hospital HRPZ2 Kota Bharu dan di beberapa hospital lain di negeri ini bagi membantu memenuhi permintaan ambulans yang tak cukup. Kerjasama antara thirdforce dsan hospital2 di negeri ini adalah bukti bagaimana kerjasama antara NGO dan agensi kerajaan mampu memberi manfaat kepada rakyat terbanyak terutama fakir miskin termasuk orang awam.

Orang awam juga boleh memohon untuk mendapat perkhidmatan ambulans ini dan bayaran adalah pada rate semasa. Hasil dari bayaran inilah digunakan untuk menampung kos bawa orang miskin pulak. Begitulah konsep yang Islam ajar bilamana sikaya membantu yang miskin si misjkin mendoakan sikaya … Kasih sayang sesama umat bertaut ..

Asnaf yang berada di bawah seliaan thirdforce boleh memohon untuk mendapatkan perkihidmatan ambulans ini dan ianya percuma untuk pergerakan di sekitar negeri Kelantan sahaja. Asnaf terlebih dahulu mestilah mereka yang telah di sahkan termasuk dalam kategori asnaf oleh JKM atau Pusat Zakat (Baitul Mal) atau oleh sukarelawan Thirdforce (Memiliki kad bantuan thirdforce).

Kalau tak buat macam tu ramai pulak yang mengaku asnaf. Pernah berlaku sewaktu kita hantar pesakit kerumah kitra tengok ada kereta tiga empat biji elok je parking kat depan rumah. Bila kita tanya kenapa masih nak mintak ambulans thirdforce, mereka kata dah ada yang free buat apa susah-susah!!

Inilah segelintir dari sikap orang kita yang suka mengepow dan ambil kesempatan. Langsung tak ada integriti dan sikap keprihatinan kepada yg benar-benar memerlukan. Kita jadi satu bangsa yang suka mengambil kesempatan. Asalkan ada kita dengar boleh dapat subsidi / benda free dsbg kita akan rebutkan peluang tersebut juga biarpun ianya dikhususkan untuk orang miskin.

Untuk permohonan di luar Kelantan maka pastinya ianya melibatkan kos gaji pemandu, petrol, maintanence dsbg. yang lebih tinggi. Siapa nak tanggung semua kos tersebut … ? Maka kita kenakan sedikit charge yang rendah dari kadar biasa …

Saya menyeru sahabat-sahabat thirdforce di seluruh negara untuk berusaha memberi inspirasi kepada semua rakyat Malaysia agar kita mampu untuk ada ambulans thirdforce di seluruh negara. Agar semua hospital boleh kita letakkan ambulans thirdforce. Kalau ada badan korporate nak taja / sponsor kecik tapak tangan nyiru kami tadahkan.

Mustahil???

Tidak mustahil. Satukan hati-hati kita.
Selebihnyha serahkan pada Allah.

Jommm Jadi orang baik-baik.
Hubungi D’Ras Ambulans : 019-9843 999

Raja Shamri Raja Husin
The 3rd Force
10/1/2018

Related Post

Leave us a reply

*

*