[TF SABAH] BANTUAN KILAT UNTUK PAKCIK OSMAN

TAWAU 12 Januari 2018 – Orang tua ini berusia 59 tahun. Tinggal seorang diri di sebuah bilik yang di sewanya RM300 sebulan.

Pakcik Osman merupakan warganegara Malaysia yang memegang kad OKU kerana kecacatan kaki (kehilangan anggota kaki) akibat dihempap kayu balak ketika bekerja pada 2011. Hari ini beliau hidup sendirian dan tanpa mampu bekerja lagi.

Perbelanjaan sehari-hari beserta kos sewa bilik nya diperolehi daripada wang PERKESO RM400 sebulan. Dengan duit ini lah pakcik Osman berjimat cermat terus berjuang untuk hidup. Alhamdulillah sukarelawan PERKALAS @ 3rd Force Sabah berkongsi barangan dapur untuk mengurangkan beban pakcik Osman.

Di luar sana ada ramai fakir miskin dan orang-orang yang hidup dalam penderitaan namun tidak pernah meminta-minta. Golongan begini yang selayaknya dibantu. Jom kita ambil saham akhirat kita masing-masing bagi membantu asnaf di sekitar kita.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*