MASIH ADA YANG SAYANG

Rantau Panjang 18/1/2017 | Allhamdulillah hari ini saya berkesempatan menunaikan amanah penyumbang bagi menyelesaikan yuran persekolahan tiga beradik yatim piatu.

Beralamat di Kg Bangor Pasir mas.Tiga beradik yatim piatu iaitu Nur Alia Tasnim tingktan 5..Mohd Haikal tingkatan 3 dan Nur Intan Zulaikha darjah 6.
Anak-anak ini semua belajar di SMU(A)DINIAH kampung Bangor Alor Pasir ,Pasir Mas

Anak -anak ini telah kehilangan bapa iaitu Ramli bin Awang 7 tahun yang lalu disebabkan penyakit buah pingang.Selepas kematian bapa anak-anak ini tinggal bersama ibunya yang berkerja sebagai tukang sapu di sekolah yang mereka belajar hari ini.

Sekali lagi anak-anak ini diuji oleh Allah dengan kematian ibu mereka yang tercinta 2tahun yang lepas.Selepas kematian ibu mereka,tanggungjawab ini dipikul oleh abang yang berkerja di Pasar Raya Pantai Timur Rantau Panjang.

Anak -anak ini tingal bersama abang ,kakak ipar serta dua anak suadara dirumah peningalan arwah ibubapa.Anak2 ini juga mendapat bantuan dari JKM(jabatan kebajikan masyarakat)Rm100 seorang setiap bulan.

Anak-anak ini juga mendapat wang off atau kwamp disekolah.Nur Alia Tasnim yang kini berada di tingkatan 5 mendapat biasiswa sekolah kerana beliau merupakan pelajar cermerlang di sekolah.Pada peperiksaan PT3yang lalu Alia mendapat 7a.

Disebabkan tahun ini anak -anak ini akan menghadapi peperiksaan penting iaitu upsr..pt3 dan spm.Banyak bayaran yang perlu dijelaskan,antaranya yuran kecermelangan .

Anak-anak ini bernasib baik kerana sekolah hanya berada didepan rumah sahaja.Hanya 2 minit perjalanan.Kesukaran mungkin dihadapi jika sekolah jauh dari rumah.

Anak-anak ini amat pemalu ,mungkin merasa rendah diri dengan kekurangan diri ,sepatah yang ditanya sepatah juga jawapanya.

Saya kesekolah bersama dengan kakak ipar anak-anak ini iaitu Nurulhuda bt jusoh, mesra dipanggil Ros.Dengan Ros la anak-anak ini menumpang kasih.

Kehadiran kami disambut mesra oleh guru-guru disini. Mereka terharu kerana ada masyarakat yang prihatin terhadap anak -anak ini.Dari apa yang diceritakan oleh guru-guru disini ,anak-anak ini sangat baik dari segi pembelajaran dan disiplin.

Saya diberitahu oleh pengetua atau mudir , disini hanya ada 156 pelajar dari darjah satu hingga tingktan 5.Kebayan pelajar disini ibubapa mereka kais pagi makan pagi.Kebayakan berkerja sebagai penoreh getah.

Kegembiraan jelas terpancar dimata anak2 ini.Begitu juga dengan cikgu-cikgu disini.Biarpun pertama kali datang kesekolah ini tapi saya merasakan kemesraan cikgu-cikgu disini

Untuk anak-anak ini moga tabah menghadapi hidup ini serta belajar bersungguh- sungguh untuk masa depan yang lebih baik

Jom jadi orang baik – baik
K mah thirdforce Rantau Panjang
0129492923

Related Post

Leave us a reply

*

*