LAWATAN SUSULAN MANGSA RUMAH TERBAKAR

MANJUNG, 5 Julai 2018 | Petang ini kita telah hadir ke rumah sewa Encik Saiful bin Qayyam, 41 tahun yang rumah di Chenderong Balai terbakar pada 15 April 2018. Keluarga ini tinggal sehelai sepinggang lepas kejadian itu.

Sukarelawan Thirdforce Perak dan juga KV Seri Manjung telah menghulur bantuan awal kepada keluarga ini yang telah berpindah ke Kg Derik, Manjung. Encik Saiful merupakan bekas pelajar institusi ini dari 1992/1993 semasa masih sekolah vokasional dan anak beliau, Syafiqa Azila adalah pelajar tahun 1 pra diploma kolej ini.

Hari ini sekali lagi sukarelawan Thirdforce hadir bagi menyampaikan 3 basikal pre-loved untuk anak-anak beliau. Kami juga telah membantu mendapatkan pekerjaan untuk Encik Saiful.

Kami akan terus berusaha untuk membuat perancangan untuk membantu meringankan beban keluarga ini.

Kalau bukan kita siapa lagi?

Jom jadi orang baik baik.

Dilapor oleh
Miss Cheah
Thirdforce Perak
6 Julai 2018

58total visits,1visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*