[SEBARAN AM] CADANGAN PUSAT JAGAAN ANAK PEKERJA DI SEMUA JABATAN KERAJAAN SECARA MENYELURUH DAN SISTEMATIK

Tuan Yang di Pertua

Saya sebagai wakil rakyat atas talian (Online MP) dengan ini ingin mencadangkan agar kerajaan mengadakan / mengujudkan Pusat Jagaan Anak di semua Jabatan atau sektor perkhidmatan yang terdapat keperluan dengan pengendalian secara profesional dari pengendali terlatih.

Ini akan menyediakan kemudahan kepada semua pekerja untuk letak anak masing-masing sewaktu bekerja. Pengendali perlulah dari mereka yang berkelulusan dalam pendidikan pra sekolah atau pendidikan awal kanak-kanak dan melalui proses pengambilan SPA macam biasa.

Mereka juga perlu melalui latihan / kursus berkaitan dan mencapai standard KPI yang ditetapkan. Mereka adalah kakitangan kerajaan bertaraf profesional dalam bidang berkaitan yang bukan sahaja meyumbang kepada pembangunan modal insan negara tetapi juga membantu mengurangkan tekanan ibubapa yang bekerja serta terpaksa meninggalkan anak di pusat jagaan yang tak terlatih.

Pusat ini boleh di serap / penjenamaan semula (rebranding) dari sekolah TADIKA KEMAS / PERMATA ataupun diujudkan sebagai entiti baru yang berasingan serta ada sistem pengurusan seperti sekolah biasa iaitu pengurus (Guru Besar), Penolong Pengurus dan sebagainya tetapi mensasarkan bayi sehingga umur 4 tahun.

Saya percaya usaha ini akan memberikan impak positif kepada semua kakitangan awam dan jika di laksanakan juga di sektor swasta akan menjadikan para pekerja lebih fokus dalam peekhidmatan. Keselamatan dan pembangunan minda anak-anak juga dapat dibina dari kecil dengan acuan yang sistematik.

Segala perbincangan detail bagaimana cadangan ini boleh dilaksanakan secara menyeluruh perlulah diperhalusi dan dibincangkan oleh kementerian yang berkaitan dan maklum balas perlulah di laporkan kepada sidang dewan ini dari masa ke semasa.

Sekian, terima kasih

RAJA SHAMRI BIN RAJA HUSIN
Wakil Rakyat Online
Malaysia Baru
7/7/2018

Sharing is caring

#jomjadiorangbaikbaik
#rajashamri2022
#thirdforce
#malaysiabaru

201total visits,2visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*