OPAH AZIZAH MANGSA DINDING DAPUR RUNTUH TERUS MENERIMA BANTUAN

LEKIR, MANJUNG : Mangsa dapur runtuh di Batu 15, Lekir terus mendapat perhatian Thirdforce Perak terutama melibatkan pemberian bantuan barangan dapur dan rumah.

Petang tadi, sukarelawan TF Perak menghantar katil, tilam dan peti sejuk pre-loved kepada Opah Azizah berusia 67 tahun. Sebelum ini beliau tidur di atas katil DIY dari barang kitar semula. Peti sejuk dah lama rosak.

Semalam kami juga menyampaikan barangan seperti dapur gas, cerek letrik, periuk nasi letrik, tudung saji, baju pre-loved dan makanan yang disumbangkan warga KV Seri Manjung.
Bakal ketua kampung, Encik Yusof turut hadir menyaksikan penyerahan bantuan tersebut.

Sebelum ini dinding dapur beliau yang runtuh telah dibina semula dengan peruntukan dari pihak kerajaan. Tetapi peruntukan tidak termasuk tiang-tiang kayu di dapur yang telah diserang anai-anai. Bahagian siling di atas katil opah dah rosak. Ini boleh menjejaskan keselamatan warga emas ini.

Tindakan susulan telah diambil oleh sukarelawan TF di kawasan Lekir. Mereka telah membuat laporan kepada pihak kerajaan baharu.

Opah Azizah berterima kasih kepada orang baik-baik dan sukarelawan yang menyumbang barangan, tenaga dan masa untuk meringankan beban beliau.

Jom Jadi Orang Baik – baik.

Together we can make a difference.

Miss Cheah
Thirdforce Perak
6 Julai 2018

46total visits,1visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*