UPDATE SUSULAN PROGRAN BANTUAN ANAK YATIM PIATU 4 BERADIK : “RUMAH SYURGA KAKAK”.

8 Julai 2018 l Gaal. Alhamdulillah, hari ini sekali lagi kita diberi ruang dan peluang oleh Allah untuk hadir ziarah kerumah hampir roboh rumah pusaka anak2 yatim piatu ini untuk meneruskan perbincangan perancangan membaiki rumah anak2 yatim ini(Siti Nadira dan 3 orang adiknya). Kita telah lancarkan dengan nama Allah program bantuan yang diberi nama PROJEK RUMAH SYURGA KAKAK beberapa hari lepas’ .

Melihatkan keadaan rumah yang didiami anak-anak yatim ini yang yang hanya ada 1 bilik sahaja serba sederhana dari plywood, lantai rumah yang sangat reput dimana-mana dan bilik air yang berada di luar rumah tanpa pintu ianya amat memberi risiko keselamatan dan keselesaan kepada Siti Nadira si kakak dan 3 orang adik-adiknya.

Justeru itu, kami telah membuat perbincangan bersama tukang rumah hari ni untuk mengaggarkan kos serta nenikirkan penyelesaian terbaik dalam usaha untuk membaiki rumah mereka agar Siti Nadira dan adik-adiknya dapat tinggal disebuah rumah yang lebih selesa serta selamat.

Abangraja ketika berbincang bercadang untuk menambah satu lagi bilik tidur supaya anak lelaki dan perempuan ada bilik asing dan membina sebuah bilik air yg sempurna serta membaiki dinding rumah yang hanya ditutupi dengan zink. Itu adalah antara bentuk bantuan yang di utamakan terlebih dahulu buat masa ni.

Walau bagaimanapun semuanya tengok kepada kemampuan kita lah nanti cukup tak bajet. Kalau tak cukup kita buat mana yg penting dulu.

Mudah-mudahan dengan doa dari kalian semua keluarga besar thirdforce kita harapkan projek ‘RUMAH SYURGA KAKAK NADIRA’ ini dapat kita siapkan secepat mungkin. Kakak Nadira tiada dirumah sewaktu kunjungan kerana keluar utk bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendaptan RM20. 00 sehari. Kalau tak kerja maka tak adalah duit utj mereka.

Kita juga dlm proses utk mengusahakan kembali agar 2 beradik dari anak yatim ini dapat bersekolah semula setelah mereka tercicir disebabkan faktor kemiskinan.

Jom kita sama-sama membeli saham akhirat dalam membantu menjayakan projek ini. Ianya adalah jariah sahakm akhirat berpanjangan kita pastinya. PM ke inbox facebook page ini utk detail bagaimana boleh sama2 kita membantu atau whatsapp abangraja : 0173872232.

Jom jadi orang baik-baik….

SEBARKAN SEJAUH MUNGKIN MESEJ KEMANUSIAAN INI.

Kes diseliakan oleh:-
Mohd Faizal
Ramadan
Penghulu Hisham
Pak Imam Ya

#jomjadiorangbaikbaik
#thirdforce
#rajashamri
#rajashamri2022
#rumahsyurgakakak

298total visits,1visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*