MENYANTUNI 30 KELUARGA MANGSA KEBAKARAN DI KG KUKUSAN BERSAMA BERSAMA TUAN YB SARIFUDDIN

TAWAU_ 8 JULAI 2018 | Hari ini bumi Tawau subur dengan sikap kebersamaan mengedepankan kepentingan warga kecil yang ditimpa musibah. Ketulusan pengurusan yang diperjuangkan sejak lama telah membuahkan hasil yang berdampak positif kepada kebajikan rakyat.

Panas terik bukan menjadi penghalang team sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah pada petang tadi untuk melaksanakan misi menyampaikan amanah kepada para mangsa kebakaran ini. Begitu juga Tuan YB Sarifuddin Hatta bersama team yang sanggup turun padang langsung menyantuni rakyat marhaen yang ditimpa musibah.

Tiada karena birokrasi dan protokol yang memperlambat penyaluran sumbangan. Beliau dan team terus berbaur dengan para mangsa kebakaran di tengah terik matahari. Besar harapan kami agar pemandangan sebegini menjadi contoh tauladan kepada kakitangan dibawah kendalian Tuan YB yang pasti akan mencontohi pemimpinnya juga menjadi contoh kepada semua YB lain dan pemimpin lain dimana2 saja berada.

Program sebegini pastinya akan menjadikan para sukarelawan dari NGO manapun untuk terus bermotivasi menabur bakti di negeri ini dengan adanya kerjasama dan sokongan daripada wakil-wakil rakyat. Jarang sekali kita menerima salam persahabatan dan kerjasama seperti ini sebelum ini setelah bertahun kita gerakkan misi kemanusiaan ini.

Tetapi kepimpinan Malaysia Baru seolah nemberi nafas baru kepada kerja2 kemanusiaan ini bilamana pemimpin dan ngo bersama menggembeling tenaga bantu rakyat terbawah. Semangat kebersamaan membina negara ini dengan rasa kasih sayang bukan dengan kebencian pasti akan kita gapai.

Rakyat menginginkan pemimpin yang bekerja dengan pantas untuk membela nasib mereka. Jom kita berdoa bersama agar Allah sentiasa mengasihi pemerintah yang mengambil berat nasib rakyatnya. Semangat baru, kerjasama erat dan jangan mencari salah sesiapa haruslah dikekalkan agar momentum menjadi orang baik-baik di negeri ini terus tumbuh subur. NGO sebenar bukan musuh kepada sesiapapun, NGO merupakan sahabat untuk untuk mereka yang inginkan kesejahteraan rakyat.

Terima kasih kepada semua team sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah yang sentiasa penuh semangat menabur bakti di negeri kita. Sanggup meluangkan masa cuti, menyumbangkan kenderaan, mengerah tenaga dalam menjalankan misi kemanusiaan yang diamanahkan. Aku percaya penduduk langit dan bumi sentiasa mendokanmu. Semoga Allah bagi istiqamah dalam diri kita semua menuju redhanya melalui jalan kesukarelawanan.

Setinggi penghargaan kepada Tuan YB Sarifuddin Hata Selaku Pembantu menteri kewangan negeri Sabah yang bertungkus lumus berusaha membantu mangsa kebakaran ini. Pemimpin yang berjiwa rakyat pasti akan dikasihi rakyat dan berkat doa rakyat kecil yang menerima bantuan akan melahirkan pemimpin yang tahu tanggungjawab dunia dan akhirat.

Ucapan terima kasih ini juga ditujukan khas kepada Warisan Harta Sabah Sdn.Bhd yang prihatin kepada permasalahan rakyat yang memerlukan pembelaan. Kepada team gerak kerja Wira Warisan dan Wanita Parlimen P191 Kalabakan serta sahabat media Amir Anuar hanya Tuhan yang mampu membalas jasa kalian semua. Kita semua sayang negeri ini dan rakyatnya oleh itu mari kita sebarkan gelombang “jom jadi orang baik-baik” di pelusuk negeri ini mengikut kemampuan masing-masing.

Kepada YM Dr Raja Shamri bin Raja Husin selaku penasihat, mentor, abang yang sentiasa mencurahkan ilmu, bimbingan dan teguran tanpa jemu untuk semua sukarelawan PERKALAS@3rd Force Sabah terima kasih budi mu di negeri kami tidak akan pernah terbalas. Semoga semangat dan kegairahanmu yang tidak pernah pudar menjadi manusia humanitarian boleh kau pinjamkan kepada kami semua.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

1222total visits,2visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*