PONDOK USANG DI PINGGIR DESA : KEHIDUPAN DAN KESUNYIAN YANG MASIH BERSISA

Pasir Mas, 8hb Ogos 2018 | Setelah menyusuri kebun-kebun getah dan beberapa kampung kami tiba ke destinasi kami ia itu sebuah pondok usang yang terletak di Kg Chandan, Chetok, Pasir Mas.

Pondok usang ini di diami oleh Puan Rohana Binti Deraman, 53 tahun bersama anak lelaki nya yang berumur 9 tahun.

Puan Rohana mempunyai 3 orang anak hasil perkahwinan beliau dengan suami pertama. Ketiga-tiga anak ini sekarang tinggal bersama bekas suaminya.

Anak yang tinggal bersamanya sekarang adalah dari perkahwinan yang kedua tapi suaminya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan semasa mereka tinggal di Sarawak tujuh tahun yang lepas. Anak yang bersamanya sekarang adalah dari perkahwinan dengan arwah suami kedua.

Puan Rohana mempunyai masalah penglihatan iaitu rabun. Beliau juga pernah menjalani pembedahan kerana komplikasi tulang belakang semasa di Sarawak dulu. Selepas pembedahan itu beliau tidak mampu melakukan kerja yang agak berat.

Rumah yang didiami sekarang adalah dibina di atas tanah peninggalan arwah bapa beliau. Keadaan rumah ini agak uzur walaupun sebahagian dinding rumah telah di ganti oleh seorang penyumbang. Rumah ini tidak mempunyai dapur dan bilik air yang sesuai. Bilik air yang ada sekarang tidak mempunyai apa-apa penutup. Beliau juga masih menggunakan dapur arang untuk memasak.

Anak lelaki beliau Mohamad Hafiz Daniel Bin Abdullah kini belajar di tahun 3 di sekolah berhampiran. Baju sekolah yang di pakainya sekarang sudah agak lusuh kerana sudah dua tahun tak berganti.

Puan Rohana sekarang ada menerima bantuan dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebanyak RM100. 00 sebulan.

Kita merasa malu pada Allah kerana masih ada saudara kita yg hidup sebegini berjuang meneruskan hidup… Kita rasa perlu membantu untuk membaik pulih rumah Puan Rohana dengan membina bilik air dan dapur serta dinding yang sesuai. Kita juga akan cuba mendapatkan pakaian sekolah yang baru untuk anak beliau.

Sumbangan dari orang ramai amatlah di hargai. Jommm kita sahut seruan abangraja jom jadi orang baik-baik. Semoga Allah kekalkan kita dalam rahmatnya dan semoga kita ada jawapan di depan Allah nanti jika ditanya apakah peranan kita dalam membantu mereka yg memerlukan.

Jom jadi orang baik-baik

We are the thirdforce
Together we are stronger

Kak Lah
Third Force Pasir Mas
018 2718969

307total visits,2visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*