SAHAM AKHIRAT UNTUK SEMUA : SURAU GONG MEDAN BESUT TERENGGANU.

12 Ogos 2018 – Sudah dua hari para tukang kita memulakan kerja mengikat bata untuk pembinaan surau awam kita di Besut Terengganu. Surau yang bakal memanfaatkan lebih 500 orang pengunjung ke pusat kesihatan berhampiran termasuk kakitangan dan pesakit ini adalah saham akhirat besar untuk kita semua.

Kerja-kerja ikat bata pun sudah hampir 80 peratus siap. Pantas betul tukang-tukang kita bekerja.

Sebenarnya setiap hari tukang-tukang kita berulang-alik dari pondok pengajian agama di seligi pasir puteh ke Kampung Gong Medan di Besut Jaraknya hampir 60 km dan memakan masa hampir 1 jam lebih. Tetapi itu tidak menghalang para tukang kita untuk membuat kerja dengan tekun dan kuat.

Kita bersyukur Allah datangkan orang baik-baik untuk bersama membantu dengan apa saja cara bagi bersama-sama merebut saham akhirat sebagai bekalan ke sana nanti. Tukang-tukang kita juga bukan dari keluarga yang senang. Tapi mereka sangat rajin bekerja dan sangat jujur dan amanah.

Pernah juga saya bertanya kenapa tidak tinggal dekat rumah yang berdekatan sini jer, lagi pun kita ada menyediakan rumah untuk tukang berdekatan kawasan tapak binaan. Jawapan yang diberikan oleh mereka adalah kerana “sayang nok tinggal Kelas agama pada waktu malam”. Itulah sikap tukang-tukang kita. Walaupun berada sejauh mana pun pengajian agama tetap di utamakan.

Seingat saya Abangraja mula bekerjasama dengan para tukang pondok seligi ini bermula dari tahun 2015 lagi. Cuba anda bayangkan sudah berapa buah rumah orang miskin yang mereka telah siapkan. Upah yang mereka ambik pun sangat rendah kerana mereka telah memasang niat untuk membantu dan beetalaqi bersama abangraja.

Mereka juga memahami gerak kerja abangraja yang banyak membantu asnaf-asnaf di sekitar kelantan malah di seluruh negara tanpa banyak protokol dan birokrasi, berhabis duit poket sendiri, makan magee dan ikan kering sama-sama, dicaci dan difitnah oleh pelbagai pihak dan macam2 lagilah yg abangraja kena.

Marilah kita sama-sama mendoakan agar kita boleh ikut jejak para tukang kita ini. Bak kata abangraja jikalau kita pilih dunia kita akan dapat dunia sahaja, jikalau kita pilih akhirat kita akan dapat dunia dan akhirat.

Marilah kita sama-sama merebut SAHAM akhirat yang masih terbuka ini. Kepada yang ingin merebut SAHAM akhirat ini bolehlah mesej ke inbox Facebook page abangraja untuk detail bagaimana boleh sama-sama menyumbang atau WhatsApp abangraja 0173872232.

Ada sumbangan ke tak ada ke seperti mana biasa kita tetap teruskan. Bak kata abangraja kita tak boleh mengemis utk ajak orang baik. Kerana disanalah destinasi terakhir kita.

InsyaAllah.

Jommm jadi orang baik-baik.

Yang benar,
Jullah
Sukarelawan 3rd force
BESUT terengganu

#projeksuraugongmedan
#jomjadiorangbaikbaik
#thirdforce

193total visits,1visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*