UPDATE BANTUAN UNTUK MANGSA KEBAKARAN KG GAS

SANDAKAN _ 11 Ogos 2018 | Petang tadi team sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah telah meluangkan masa untuk menziarahi para mangsa kebakaran Kg Gas sambil berkongsi sedikit rezeki yang ada.

Saat ini para mangsa kebakaran yang tersisa di sini ialah 45 ketua keluarga kesemuanya. Para mangsa yang lain telah berpindah dan memulakan hidup baru pasca kebakaran besar bulan lalu yang melibatkan lebih 1000 orang.

Baki 45 ketua keluarga yang masih tidak mempunyai atau belum berkemampuan menyewa rumah ditempatkan di Quartes Sinora. Iaitu menumpang di tempat tinggal pekerja kilang Sinora. Mereka diberikan tempoh dua bulan tinggal di quartes ini.

Terima kasih kepada Cikgu Haris, Ustaz Jalil, Puan Maisarah dan seluruh barisan sukarelawan kami yang bertungkus lumus mengedarkan barangan bantuan hari ini untuk para mangsa. Kami juga mengucapkan setinggi penghargaan kepada seluruh keluarga besar PERKALAS@TF Sabah dari seluruh Malaysia yang tidak pernah henti menyokong gerak kerja kemanusiaan kami di bumi Sabah.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

462total visits,2visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*