SAHAM AKHIRAT UNTUK SEMUA : SURAU GONG MEDAN BESUT TERENGGANU

16 Ogos 2018 – Hari ini para tukang akan cuba menyiapkan kerja-kerja beam atas supaya pada hari sabtu nanti boleh mula membuat kerja kerangka atap. Hari jumaat esok cuti kat sini tukang-tukang kita tak bekerja. Barang-barang untuk kerangka atap pun sudah sampai ke tapak binaan.

Untuk atap kita menggunakan atap bata / genting dari jenis monier. Kita memilih menggunakan atap jenis ini kerana memandangkan kawasan binaan surau ini berada di kawasan padang yang berangin agak kuat dan terdapat banyak pokok kelapa. Lagipun abamgraja kata bust rumah orang bolehlah giba atap zink takkan buat rumah Allah kita jadi berkira.

Tapi Kos untuk atap ini juga agak jadi tinggi berbanding dengan Kos atap zink pastinya. Tetapi untuk jangka masa panjang Kos untuk baik pulih agak rendah.

Mengikut keluasan plan asal kita untuk surau ini adalah 20 x 20 kps dan anggaran Kos dalam 20k. Tetapi mengikut keluasan sekarang semakin bertambah apabila kita terpaksa menambah 6×4 kps lagi untuk tempat ambik air sembahyang wanita untuk keselesaan kaum wanita solat di surau ini nanti dan juga pertambahan 10 x 8 kps lagi untuk porch tempat jemaah letak kasut dan selipar.

Untuk mikraj Dan stor penyimpanan sistem audio pula kita terpaksa tambah dalam 12×6 kps lagi. Jadi keluasan surau ini sekarang hampir 600 kps. Ini menjadikan Kos pembinaan surau ini semakin bertambah.

Pada peringkat awal pembinaan surau ini ianya hanya sepatutnya berkeluasan sekitar 400 kaki sahaja namun sebagai manusia biasa dan juga rata-rata tukang kita juga adalah sukarelawan 3rd force projek surau ini kini dah jadi hampir berkeluasan hampir 600 kaki.

Kita membina surau ini dari sumbangan antara kita dan juga sumbangan penyumbang semua, apabila ada pertambahan kos yang timbul, membuat kami Kadang2 cemas.

Tapi kami percaya sebaik mana kita merancang, Allah merancang lebih sempurna untuk kita semua. Abangraja selalu pesan kita tolong agama Allah pastinya Allah bantu kita. Mungkin Allah mahu membuka peluang kepada ramai lagi hambanya untuk sama-sama merebut peluang dalam usaha untuk menyiapkan surau ini

Allahualam….

Marilah kita sama-sama merebut SAHAM akhirat yang masih terbuka ini. Kepada yang ingin merebut SAHAM akhirat ini bolehlah mesej ke inbox Facebook page abangraja untuk detail bagaimana boleh sama-sama menyumbang atau WhatsApp abangraja 0173872232

Yang benar,
Jullah
Sukarelawan 3rd force BESUT terengganu

#projeksuraugongmedan
#jomjadiorangbaikbaik
#thridforce

290total visits,1visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*