MISI KORBAN THIRD FORCE KUDAT, PEDALAMAN KG SEBAYAN, KUDAT 1439H/2018

24 Ogos, 2018 bersamaan 12 Dzul Hijjah 1439H, raya ke-3. Hari Jumaat yang mulia. Alhamdulillah kami team TF Kudat seramai 10 orang yang di ketuai Ustaz Amin bersama asnaf-asnaf di pedalaman kampung Sebayan dan Kg Indarason Laut, Kudat.

Kami selesai menunaikan amanah korban dari saudara-saudara semenanjung pagi ini. 
Program sembelihan tersebut bermula pada jam 8.10 pagi dan selesai jam 10.09 pagi di kampung Sebayan. Tukang sembelih di jalankan sendiri oleh ustaz Amin (penyelaras TF Kudat). Agihan daging korban dapat disiapkan sebanyak 109 plastik untuk agihan kepada semua asnaf-asnaf dari kedua-dua kampung tersebut.
Mereka bersyukur atas keperihatinan dan sumbangan daging korban tahun ini dari Third Force Pusat.

Agihan disampaikan juga di masjid Kg Sebayan (50 set) dan Masjid Kg Indarason (50 set) selesai sahaja solat jumaat tadi kepada semua asnaf.

Kata wakil penerima asnaf, Abg Rais :
“Kami bersyukur dan berdoa moga semua dirahmati serta di lapangkan rezeki kalian semua”

Sekalung jutaan terima kasih atas kerjasama semua sukarelawan TF Kudat serta beberapa orang kampung yang turut membantu. Tidak lupa kepada TF Pusat, abang Raja Shamri dan penyumbang korban tahun ini. Moga semua amalan korban kita semua diterima Allah.. Amien..
#Taqabbalallahu minna waminkum taqabbal ya kariem#

Ustaz amin
Penyelaras TF Kudat 0138806167
#Jom jadi orang baik-baik#
#Eidul Adha TF Kudat 1439H/2018#

166total visits,2visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*