SAHAM AKHIRAT UNTUK SEMUA : SURAU GONG MEDAN BESUT TERENGGANU

26 Ogos 2018 – Hari ini sukarelawan pergi membeli atap dan besi trust untuk surau gong medan. Hati rasa sebak melihat adik-adik sukarelawan memanjat dan mengagihkan kepingan atap untuk menyiapkan bahagian bumbung surau ini. Berat dan bahaya pastinya sebab sukarelsawan thirdforce bukan semuanya pandai bertukang.

Kalaulah diri ini juga mampu untuk lakukannya ingin sekali meletakkan peluh dan keringat di saat ianya dilakukan sebagai asbab menanam saham akhirat untuk pembinaan surau yang bakal digunakan oleh ramai orang awam dan kakitangan pusat kesihatan itu nanti …

Untuk atap kita menggunakan atap bata dari jenis Monier Premium. Kita memilih menggunakan atap jenis ini kerana memandangkan kawasan binaan surau ini berada di kawasan padang yang berangin agak kuat dan terdapat banyak pokok kelapa. Kos untuk atap ini juga agak tinggi berbanding dengan Kos atap zink. Tetapi untuk jangka masa panjang Kos untuk baik pulih agak rendah. InsyaAllah …

Mengikut keluasan plan asal kita untuk surau ini adalah 20 x 20 kaki persegi tetapi mengikut keluasan sekarang ianya semakin bertambah apabila kita rasakan perlunya kita menambah 6×4 kaki persegi lagi untuk tempat ambik air sembahyang wanita bagi memberikan keselesaan kaum wanita solat di surau ini nanti dan juga pertambahan 10 x 8 kaki persegi lagi untuk kaki Lima apabila ada hamba Allah yang telah menginfakkan 2 batang tiang larik.

Untuk mikraj dan stor penyimpanan sistem audio pula kita terpaksa tambah dalam 12×6 kps lagi. Jadi keluasan surau ini sekarang sudah lebih kurang 600 kps. Ini menjadikan Kos pembinaan surau ini bertambah dari bajet awal kita.

Surau ini adalah sumbangan kita semua keluarga besar thirdforce … kadang-kadang apabila ada pertambahan kos yang timbul, membuat kami sedikit cemas. Tapi kami percaya sebaik mana kita merancang, Allah merancang lebih sempurna untuk kita semua. Mungkin Allah mahu membuka peluang kepada ramai lagi hambanya untuk sama-sama merebut peluang dalam usaha untuk menyiapkan surau ini..

Allahualam….

Marilah kita sama-sama merebut SAHAM akhirat yang masih terbuka ini. Banyak lagi yang kita perlukan untuk menyiapkan surau yang bakal digunakan oleh ramai orang nanti.

Kepada yang ingin merebut SAHAM akhirat ini bolehlah mesej ke inbox Facebook page abangraja untuk detail bagaimana boleh sama-sama menyumbang atau WhatsApp abangraja 0173872232

Yang benar,
Jullah
Sukarelawan 3rd force BESUT terengganu

#projeksuraugongmedan
#jomjadiorangbaikbaik
#thridforce

75total visits,1visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*