AGENDA SUKARELAWAN BELIA NEGARA

Alhamdulillah jam 5.30 petang selesai mesyuarat bersama Menteri Kebudayaan Belia Dan Sukan YB adinda Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan rakan-rakan NGO lain mewakili pertubuhan masing-masing. Abangraja bersama rakan sukarelawan lain seluruh Malaysia dijemput untuk membincangkan dan memberi cadangan untuk program pembangunan sukarelawan belia.

Abangraja sempat juga mencelah sebentar tadi menyentuh sukarelawan dari kategori OKU yang bnyk juga terlibat membantu sesama sindiri mahupun membantu golongan yang normal. Disamping itu abangraja menyentuh tentang perlunya kerja-kerja bantuan ini di jadikan satu budaya bukannya satu projek one off untuk publisiti orang politik dan jangan jadikan kerja sukarelawan sebagai satu persaingan yang tak sihat.

7 perkara yang abangraja utarakan kepada Menteri untuk di ambil kira dalam menentukan dasar / agenda Sukarelawan Belia Malaysia adalah untuk melahirkan blia yang :-

Soleh dan Solehah (Ingat Allah)
Tahan Lasak Positif (Sihat tubuh badan)
Prihatin (Sihat emosi)
Sopan & Berakhlak (Sihat sahsiah)
Cintakan Negara (Jatidiri)
Berprinsip (Ada wawasan dan cita-cita)
Kompetitif (Berdaya saing)

Sempat juga tadi berjumpa dengan adik-adik dari NGO lain. Ada yang pernah hadir program ceramah abangraja satu masa dulu … jadi macam reunion pulak. Dah besar-besar semuanya dah berkerjaya dan berjaya dlm bidang masing-masing dan turut menggerakkan NGO masing-masing untuk membantu.

Rasanya gelombang jom jadi orang baik-baik sudah menampakkan kesannya. Tahniah untuk semua adik-adik dari pelbagai NGO yang ada petang ni.

Semoga Allah ampuni dosa-dosa kita dengan sedikit sumbangan kita untuk pembangunan negara. Terima kasih Kak Hartini Abdul Jabbar atas jemputan.

Amin.

#sayangimalaysiaku
#jomjadiorangbaikbaik
#thethirdforce
#rajashamri2022

468total visits,2visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*