SAHAM AKHIRAT UNTUK SEMUA : SURAU GONG MEDAN BESUT TERENGGANU

4 September 2018 – Minggu ini sudah masuk minggu ke empat para tukang kita bekerja di Gong Medan. Kalau mengikut rancangan kita, sepatutnya minggu ini adalah minggu terakhir untuk tukang kita disini tetapi disebabkan banyak pertambahan dibuat tukang kita terpaksa ex stand lagi satu minggu di sini. InsyaAllah minggu depan kesemua kerja-kerja tukang kita di sini dapat disiapkan jika tiada apa-apa pertambahan.

Hari ini para tukang kita sudah memulakan plaster dinding di sebelah dalam setelah frame tingkat dan pemasangan paip wire ring siap di pasang semalam.

Mengikut rancangan kita yang terkini, surau ini akan menggunakan siling kapur, lantai dengan kayu liminate dan awning di sebelah pintu masuk Muslimah kosnya pun akan bertambah. Kadang-kadang saya sebagai pengurus projek ini pun rasa agak risau tetapi bila diajukan soalan ini pada abangraja dengan senang hati abangraja menjawab membuat rumah orang miskin Dan surau adalah dua benda yang berbeza. Apabila membuat surau kita hendaklah membuatnya dengan lebih cantik kerana ianya adalah rumah Allah dan tempat orang ramai untuk beribadat. Walaupun kena keluarkan duit dari poket sendiri tetapi itu adalah SAHAM akhirat yang berpanjangan.

Kepada yang ingin menyumbang peluang masih lagi terbuka. Marilah kita sama-sama merebut SAHAM akhirat ini. Kepada yang ingin merebut SAHAM akhirat ini bolehlah mesej ke inbox Facebook page abangraja untuk detail bagaimana boleh sama-sama menyumbang atau WhatsApp abangraja 0173872232.

Yang benar,
Jullah
Sukarelawan 3rd force BESUT terengganu

#projeksuraugongmedan
#jomjadiorangbaikbaik
#thirdforce

245total visits,1visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*