BERIKANLAH ISLAM KEPADA MEREKA

29/9/2018 (Kg chandan) | Update pembinaan rumah asnaf Kak Rohana ibu tunggal bersama anak yatim adik hafiz di kg Chandan.

Kerja menaikkan tiang sudah bermula. Tukang-tukang kita berharap dapat menyiapkan rumah yang didiami seorang ibu tunggal dan anak yatim yang sangat memerlukan kasih sayang kita ini sebelum musim tengkujuh tiba. Semalam abangraja menghubungi saya agar tukang-tukang kita menggunakan jenis atap genting konkrit dan bukan zink macam rumah PPRT sebab abangraja kata kita bukan buat rumah PPRT. Anak yatim boleh jadi asbab untuk kita ke syurga jadi kena berikan yang terbaik kerana kata abangraja Allah dan seluruh penduduk langit sedang memerhati.

Lagipun kata abangraja kawasan rumah tersebut terdedah kepada angin ribut dan kalau guna zink biasa tak tahan lama sekejap nanti mudah sangat rosak. Buat biar puas hati kerana ini persembahan kita untuk Allah.

InsyaAllah kita pakat-pakat bantu ya … bukan luas pun … sekadar lebih kurang 400 kaki persegi untuk satu dapur, bilik air dan ruang.

Seronok tengok adik hafiz menunggang basikal yang disumbangkan oleh penyumbang walaupun jauh disudut hati saya dapat rasakan kesepian anak ini dan betapa beliau begitu rendah diri dengan keadaan beliau.

Semalam sewaktu tukang2 kita membuang dinding dan lantai reput keluar sekor ular kapak besar. Nasib baiklah tak jadi apa-apa baik kepada Kak Rohana dan adik Hafiz mahupun kepada para tukang kita.

Kaki Kak Rohana nampak dah semakin sembuh setelah makan ubat dari HRPZ2 yang Dr Zurairie bagi serta ubat dari Klinik Primer Cherang salah satu klinik perubatan Thirdforce.

Alhamdulillahh …

Setahun lebih Kak Rohana tak mendapatkan apa-apa rawatan di mana-mana pusat perubatan kerana tak mampu. Mereka hidup bergantung sepenuhnya dengan bantuan JKM RM100 sebulan. Itulah yang nak guna untuk makan, belanja sekolah adik Hafiz dan apa saja keperluan. Nak ke klinik pastinya berkira-kira tambang prebet sapu dll. Keadaan kesihatan Kak Rohana adalah antara misi utama kita. Nak bergerakpun beliau terhencut-hencut. Kesan kesakitan akibat pembedahan dibahagian belakang badan beliau menghadkan pergerakan beliau apalagi untuk keluar bekerja.

Malam tadi hujan lebat dan ribut kuat betul macam manalah agaknya Kak Rohana dan Adik Hafiz tidur dalam ruang yg kecil sudut sementara rumahnya yg belum siap tu.

Doakanlah semoga impian kita untuk memberikan kegembiraan dan keselamatan, kasih sayang dan ukhuwah ini dipermudahkan. Kalau guna bahasa abangraja dia kata “BERIKANLAH ISLAM KEPADA ASNAF YANG KITA BANTU”.

Jommm jadi orang baik-baik.
Hubungi abangraja jika mahu sama-sama membantu whatsapp 017-3872232

Fariq Sohaimi
Tanah Merah Kelantan.

#bantuankakrohana
#thirdforce
#rajashamri2022
#jomjadiorangbaikbaik

Related Post

Leave us a reply

*

*