CANTIK TAK SURAU KITA?

Alhamdulillah bertungkus lumus adik-adik sukarelawan mengecat surau yang sama-sama kita bina di Besut Terengganu. Mereka telah bertungkus lumus sejak awal ikat bata, gaul simen, plaster dsbg sejak 2 bulan yang lepas lagi.

Dari pagi tadi lagi Din, Zulkifli dan Ramadan mengecat bahagian luar surau setelah bahagian dalam selesai di cat minggu lepas.

Sekarang ni apa yang belum siap : Kerja mengecat, sedikit laghi kerja wiring dan juga kerja-kerja lantai, PA sistem dan juga pintu sliding.

Peluang saham akhirat masih terbuka pastinya. Whatsapp abangraja untuk detail bagaimana boleh sama-sama menyumbang : 017-3872232

Surau yang bakal memanfaatkan ramai pengunjung ke klinik kesihatan berdekatan termasuk para doktor dan kakitangan, orang awam serta pesakit yang datang untuk mendapatkan perubatan ini pastinya menjadi bekalan kita untuk kita bertemu Allah nanti.

Kagum dengan semangat dan kesungguhan para sukarelawan menyiapkan surau ini. Mereka adalah graduan universiti tanah air dari pelbagai bidang yang telah berjanji untuk bertalaqi dengan abangraja dan meninfaqkan usia muda masing-masing dengan membantu orang miskin serta bersama abangraja dalam program bantuan kemanusiaan thirdforce.

Semoga Allah berikan anak-anak muda ini kekuatan, kesabaran dan kemurahan rezeki selama-lamanya dimana-mana sahaja mereka berada.

Aminnnn …

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK

Related Post

Leave us a reply

*

*