Setelah tiga tahun tercicir dari persekolahan hari ni adik Ab Rahman kembali ke sekolah. Air mata ini laju menitis kebumi melihat Gambar-gambar yang dikirimkan bagaimana anak ini begitu bersemangat untuk kesekolah. Sayu hati mengenangkan kesusahan hidupnya apatah lagi keadaannya yang kurang upaya.

Alangkah malangnya nasib anak yang pintar ini jika kita tak bantu dia untuk kesekolah semula. Terima kasih kepada semua keluarga besar Thirdforce di JKM, PPD Pasir Mas dan Rantau Panjang serta pentadbir dan guru di sekolah baru adik Ab Rahman yang sudi menerima anak ini 😭😭

Perhatikanlah gambar-gambar anak ini yang begitu teruja untuk kesekolah setelah 3 tahun menanti terkapai kapai tanpa hala tuju. Tahniah Kak Mah sukarelawan TF Rantau Panjang yang saban hari bersusah payah membawa adik Ab Rahman ke sana sini untuk pelbagai urusan.

Sama-sama kita doakan kejayaan adik Ab Rahman.

Semoga Allah kekalkan kita dalam rahmatnya insyaAllah…

Saya Raja Shamri
Sekadar berkongsi kisah suka duka masyarakat… Agar kita sama-sama jadi orang baik-baik.

Whatsapp saya : 017-387 2232

398total visits,1visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*