“Alhamdulillah, saya bersyukur Dan gembira dapat Mewakili Negeri Sembilan dalam pertandingan Tilawah Al Quran….”

Inilah kata-kata Yang dikongsikan oleh adik Faizal setelah selesai Majlis perasmian penutup Pertandingan Tilawah Al Quran anjuran JKM Peringkat Kebangsaan 2018. Alhamdulillah, Adik Faizal berjaya membarisi kelompok 5 terbaik bagi kategori K1 ( kanak-kanak bawah 12 tahun ) daripada 13 Peserta Yang bertanding. Ini satu pengalaman Yang amat berharga buat adik Faizal kerana terpilih buat Kali pertama ke Peringkat Kebangsaan.

Secara tidak langsung menjadi pemangkin semangat buat sahabat-sahabat Di Asrama iREC mencontohi kejayaan ini. Juga membawa Nama baik Daerah Jempol & Sekolah Kebangsaan Serting Ulu. Semoga adik Faizal terus tekun melazimi & mempelajari ilmu Al Quran sebaik mungkin sehingga menjadi profesional Mukmin berjiwa Al Quran.

Kesempatan ini, Pihak Pusat Pendidikan Ibnu Razak (iREC) merakamkan jutaan terima kasih Yang tidak terhingga kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) khususnya JKM Daerah Jempol kerana memberi peluang & ruang kerjasama kepada Kami menjayakan Majlis tilawah Al Quran JKM 2018. Seterusnya JKM Negeri Sembilan Yang bersungguh-sungguh Memastikan keselamatan & Kebajikan para Peserta JKM kontingen Negeri Sembilan Dari awal hingga selesai Majlis.

Semoga usaha Dan khidmat bakti ini menjadi sebab buat Kita semua meraih ganjaran Kebaikan & Pahala disisi Allah dengan niat memartabatkan generasi berjiwa Al Quran Dari setiap lapisan & keupayaan Masyarakat Di Negeri Sembilan khususnya Dan negara Malaysia amnya.

Sekian.
Barakallahufikum
Jazakallahu khairan kathira.

#Muhibbin Rabbaniyin Muslihin#

Zulkharnain Mustapha
H/p: +0104032011
Thirdforce Jempol Negeri Sembilan
Pengurus Operasi
Pusat Pendidikan Ibnu Razak ( iREC).
Serting Ulu. Jempol
Negeri Sembilan Darul Khusus

Related Post

Leave us a reply

*

*