Semalam kita sempat ziarah Kak Rohana dan anak yatimnya adik Hafiz Danial di Kampung Chandan yang terletak di sempadan antara Pasir Mas, Rantau Panjang dan Tanah Merah. Alamat di bil letrik di Pasir Mas tetapi alamat tempat mengundi katanya di DUN Rantau Panjang. Tapi untuk sampai ke sini rasanya lebih dekat kalau dari Tanah Merah.

Mungkin kerana kekeliruan ini maka ibu tunggal ini sering kali diperkotak katikan sebelum ini. Merayu bantuan di sini, yang disana mintak kesana, pergi ke sana yang di sana suruh pergi ke tempat lain pulak. Wallahu’alam. sepatutnya kerja baik ni pakat-pakat terkam nak ambil pahala bukan main passing sana sini. Tak mengapalah, kita sama-sama bantu ya dan Keluarga besar Thirdforce insyaAllah akan dan sedang bantu serta pertolongan dari Allah pastinya dan kita hanya menyampaikan, mengurus dan menyempurnakannya sahaja.

Ziarah pagi semalam turut disertai Kak Lah, Kapten Hanif dan ramai lagi. Alhamdulillah. Masing-masing nak penuhkan hari cuti Sabtu dengan bawa diri dan anak-anak kecil masing-masing untuk dididik dengan sifat syukur serta menanamkan dalam hati rasa sayang sesama insan. Rumah Kak Rohana yang kita sama-sama bina telah siap ikat bata sepenuhnya. Hari ni Ewan dan Fariq seawal pukul 7 pagi telah mengangkut kotak beam dari plywood yang kita gunakan untuk bina rumah-rumah sebelum ni bagi kita recycle untuk guna di rumah Kak Rohana pulak. Begitulah yang abangraja ajar kepada adik-adik sukarelawan agar sentiasa berjimat, bijak dan menggunakan apa sahaja yang ada sebaiknya.

Hujan lebat hampir setiap hari menjadikan tanah kawasan sekitar rumah Kak Rohana lembut dan mudah lekat tayar kereta. Lori yang hantar simen hari tupun dah lekat. Maka sukarelawan terpaksa dikerah untuk angkut dan pikul simen berpuluh beg jugak rasanya. Syukur padamu ya Allah atas nikmat kesusahan dan kesukaran dalam membantu seperti yang kau berikan kami rasa ini. ianya menjadikan kerja bantuan ini terasa cukup manis.

Tengah-tengah berbual dengan adik Hafiz Danial abangraja bertanya kepadanya apa yang beliau inginkan sangat dalam hidup? dalam hati menjangkakan anak ini akan cakap dia nak meja study ke, peti ais ke, alatulis ke namun Adik Hafiz hanya diam dan air mukanya terus berubah.

Tiba-tiba terkeluar dari mulutnya, “Pakcik Raja Nak tahu impian Hafiz selama ni?”.  abangraja hanya mengangguk tak sabar mendengar jawapannya.

Dengan perlahan anak ini berkata …” Hafiz nak jumpa ayah. Hafiz tak pernah ziarah ayah. Hafiz nak ziarah kubur ayah di Sarawak… .’

Ya Allahhh … tiba-tiba hati jadi sangat sebak. Air mata bergenang namun ku cuba berpura-pura seperti tiada apa-apa yang berlaku. Abangraja peluk erat adik Hafiz dan bisikkan ke telinganya.”InsyaAllah, nanti kita pergi ziarah kubur ayah ya dan Janji Hafiz belajar rajin-rajin dan jadi budak baik …ok ..”

Abangraja berpusing kebelakang untuk mengesat air mata. Anak ini berusia 18 bulan sewaktu ayahnya meninggal dunia. Ayahnya berasal dari Sarawak dan dia tidak pernah mengunjungi pusara ayahnya sejak pulang ke Kelantan sejurus selepas kematian ayahnya. Kini adik hafiz berusia 9 tahun dan anak ini membesar bersendirian bersama siibu dalam pondok usang yang hampir roboh ketika kita mula-mula menemui mereka. Hidup dengan bergantung sepenuhnya dari bantuan JKM RM150 sebulan (Bantuan BKK), itulah duit untuk mereka makan, beli ubat, bayar bil letrik dan sebagainya. Kadang-kadang Kak Rohana jual serai dan sayur yang ditanam disekitar rumahnya namun kesakitan kesan dari pembedahan atas belakang satu masa dulu menjadikan Kak Rohana tak mampu untuk kerja kuat.

Image may contain: 1 person, standing, hat, tree, outdoor and close-up

impian adik ini untuk menziarah kubur ayahnya di Sarawak menyebabkan pengasas dan sukarelawan yang hadir sebak.. semoga impian Adik Hafiz dimakburkan Oleh Allah.

Ayuh semua keluarga besar thirdforce orang baik-baik di luar sana. Kita bantu siapkan rumah Kak Rohana dan anak yatimnya ini agar mereka dapat berteduh dengan selamat dan tidak lagi tidur dalam basah kuyup lantaran bumbung yang bocor di merata tempat. Kita merdekakan mereka dari kemiskinan dan kita berikan mereka ukhuwah serta kasih sayang sesama insan.

untuk detail bagaimana boleh sama-sama membantu bolehlah whatsapp abangraja 017-3872232 atau PM saja ke inbox facebook page ini.

Jommm Jadi Orang Baik-baik

abangraja
Kampung Chandan
20 Oktober 2018

384total visits,1visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*