Gambar-gambar sekitar Program Bersama Anak-anak prihatin Thirdforce di Pasir Pekan petang tadi. Turut bersama Kak Kuna Haris dan kakak-kakak saya yg lain dari PERTUBUHAN BANTUAN KEBAJIKAN EHSAN SRI DAMANSARA serta adik-adik dari UIA Gombak dan pelbagai IPT.

Anak-anak prihatin Thirdforce adalah anak-anak dari kategori miskin, dhaif, yatim dan yatim piatu, anak tak sah taraf, anak yg mana ibubapa dalam penjara dan hidup dhaif, anak yg ibubapa hilang entah ke mana dan ditinggalkan bersama saudara mara, atuk dan kawan-kawan yg juga dhaif. Kita memiliki lebih 200 orang anak-anak prihatin yg datangnya dari sekitar wakaf bharu, pasir pekan, tumpat dan rantau panjang.

Terima kasih kepada semua yg hadir terutama kepada kak KuNa Haris dan teamnya dari KL.

Sudah lama tak berkesempatan untuk bertemu mata dengan anak-anak prihatin dan keluarga asnaf di sini. Kesempatan bertemu mereka petang ni digunakan utk memberikan nasihat terutama peperiksaan akhir tahun yg bakal bermula minggu depan. Abangraja juga menyentuh tentang solat dan jadi budak baik. Biarpun kita miskin tapi jadilah budak baik kerana budak baik seluruh isi alam akan sayang.

Terima kasih juga kepada adik-adik dari surat khabar yg sentiasa ada bersama abangraja untuk bersama sama membantu menyebarkan gelombang kerja-kerja kemanusiaan ini.

Jommm jadi orang baik-baik

We are the thirdforce
Together we are stronger.

668total visits,3visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*