SAHAM AKHIRAT PROJEK PEMBINAAN RUMAH ADIK NADIRA DAN PEMYUMBANG YANG MULIA (FASAL 2)

Rabu, 17 Oktober (Pasir Puteh) | Syukur alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan dan peluang untuk sama-sama terus terlibat membantu pembinaan rumah adik nadira (Anak Yatim 4 beradik). Hari ini beberapa orang sukarelawan pergi membeli kayu untuk memulakan pembinaan kerangka atap rumah adik nadira. Manakala Abang raja pula ke pejabat kerana ada kunjungan dari NGO Prikel.

Jadual abangraja sangat padat lately ni dengan pelbagai kunjungan dari pelbagai pihak serta abangraja sendiri kena travel untuk bagi talk.

Semasa dalam perjalanan menghantar kayu tadi sukarelawan singgah di sebuah kedai runcit untuk membeli air untuk hilangkan dahaga. Kami disambut mesra oleh pengusaha kedai tersebut. Setelah memilih air, kami ke kaunter untuk membayar tetapi pengusaha cakap dia belanja air tersebut kerana beliau juga merupakan follower facebook Abang raja.

Alhamdulillahhh … jauh di sudut hati rasa sebak sangat. Sebab sebenarnya kami semuapun bukannya ada duit sangat.

Pengusaha kedai tersebut sempat bertanya tentang projek-projek pembinaan dan misi bantuan. Di akhir perbualan beliau meminta untuk menghantar sedikit sumbangan keperluan dapur untuk anak-anak yatim ini. Itulah yang di kata rezeki yang tidak diduga datang untuk anak-anak yatim ini.

Kami berterima kasih sangat-sangat kepada pengusaha kedai runcit ini. Sapaan dan sokongan seperti ini pastinya sumber semangat kami untuk terus membantu mereka yang memerlukan dan kekal istiqamah bersama abangraja menjunjung perjuangan ini.

Sifat beginilah yang patut kita contohi dan hargai serta sebarkan dan tanamkan untuk generasi yang akan datang, iaitu sifat yang suka mengambil berat akan golongan yang terkebawah ini.

Untuk projek rumah anak yatim ini kita sekarang berada dalam fasa plaster dinding. InsyaAllah esok para tukang akan memulakan proses memasang kerangka bumbung atas then memasang atap.

Kepada yang ingin menyumbang peluang masih lagi terbuka.

Marilah kita sama-sama merebut SAHAM akhirat ini. Untuk detail bagaimana boleh sama-sama bantu bolehlah mesej ke inbox Facebook page abangraja atau WhatsApp abangraja 0173872232.

Jom Jadi orang baik-baik

Julah
Sukarelawan Thirdforce
Pasir Puteh Kelantan
17 Oktober 2018 (Rabu)

#jomjadiorangbaikbaik
#thirdforce
#rajashamri2022
#rumahsyurgakakak
#anakyatim4beradik

385total visits,1visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*