Alhamdulillah petang ni berkesempatan untuk bersama CEO TV Hijrah Tn Saidi Yaacob untuk perbincangan awal bagi bersama-sama menyemarakkan usaha menyebarkan gelombang kasih sayang the thirdforce yang telah kita sama-sama dokong dan usahakan sekian lama.

InsyaAllah abangraja akan besama-sama TV Hijrah pula selepas ini sepenuhnya dalam mempromosikan agenda mengajak orang ramai membudayakan kerja-kerja tolong menolong dan bersama menyuburkan sifat prihatin dan nilai-nilai  murni sesama kita. TV Hijrah InsyaAllah akan menjadi media rasmi thirdforce.

Perbincangan sederhana dari hati ke hati dengan CEO baru TV Hijrah ini membuka lembaran baru dalam kerja-kerja kemanusiaan kita. Kesederhanaan dan keterbukaan Tn Saidi selaku CEO baru TV Hijrah pastinya akan banyak membantu merakyatkan TV Hijrah itu sendiri apa lagi bilamana contents berbentuk kerja-kerja kemanusiaan dapat kita kongsikan secara lebih luas dan komprehensif.

Terima kasih dari abangraja dan semua keluarga besar thirdforce atas jemputan untuk berama TV Hijrah. Semoga Allah rahmati dan permudahkan usaha kita untuk mengumpul saham akhirat kita semua.

Bersama abangraja nanti dalam Capsule PESAN ABANGRAJA di TV Hijrah saluran saluran ASTRO 114

“Hijrahkan Minda, Terokai Keajaiban”

Salam untuk semua
Islam Rahmatan Lil’alamim

378total visits,1visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*