BANTUAN KILAT UNTUK PASANGAN WARGA EMAS YANG MENDERITA STROK DAN PENYAKIT KENCING MANIS.

TAWAU _ 23 Oktober 2018 | Alhamdulillah Allah masih mahu menggunakan sukarelawan PERKALAS@ The 3rd Force Sabah sebagai alatnya untuk melaksanakan kerja-kerja kecil ini bagi membantu golongan yang memerlukan yang hidup di dalam kekurangan.

Baru-baru ini seorang hamba Allah berkongsi tentang kisah penderitaan hidup sepasang warga emas. Team diatur gerak dengan pantas untuk melihat dan memberikan bantuan asas kepada keluarga ini.

Sesampainya di tingkat tiga flat PPR hati bgitu pilu melihat sekujur tubuh yang terbaring di sudut ruangan rumah itu. Pakcik menghadapi strok yang teruk manakalah makcik pula menderita penyakit kencing manis kronik.

Kerana kekurangan seringkali bil elektrik tidak terbayar dan tertunggak. Jika terdesak suami isteri warga emas ini terpaksa meminjam dengan orang lain untuk menampung keperluan harian mereka. Semoga sedikit bantuan ini dapat mengurangkan beban mereka. Antara keperluan mereka berdua ialah pakcik ini ingin sekali kad pengenalannya yang telah dibuat report hilang boleh didapatkan kembali, bantuan pampers, milo untuk minuman kegemaran pakcik (permintaan pakcik).

Jom sahabat-sahabat di luar sana mari bersama berkongsi sedikit rezeki yang kita dapatkan kepada golongan yang memerlukan seperti pakcik ini. Percayalah sahabat-sahabat tidak akan pernah berkurang apa yang Allah “pinjamkan” kepada kita jika kita memberi sebahagiannya kepada orang lain.

Terima kasih kepada sukarelawan kami petang ini yang sanggup meluangkan masa yang ada untuk menghantar bantuan kepada pasangan suami isteri ini. Adik syamimi dan Acai Yono semoga kalian terus istiqamah memilih jalan ini. Bagi adik Syamimi semoga berjaya menyelesaikan pengajian diperingkat diploma di tahun akhir saat ini.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

140total visits,2visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*