SUKARELAWAN THIRDFORCE MENGIKUTI KURSUS PENGURUSAN BANTUAN BENCANA (KPBB 0.2)

26 OKTOKBER 2018 ; KHAMIS – “sediakan payung sebelum hujan” yang bermaksud membuat persiapan sebelum berlakunya sebarang kemungkinan. Ianya bertepatan dalam tema Program Kursus Pengurusan Bantuan Bencana yang diadakan di Pantai Sri Tujoh Resort anjuran bersama Urus Setia Kebajikan Pembangunan Keluarga dan Wanita Kerajaan Negeri Kelantan dan Pertubuhan Sukarelawan Rakyat Kelantan (MESRA) telah dirasmikan oleh YB Hjh Mumtaz Md Nawi.

Seramai 300 peserta yang terlibat dalam program kali ini yang diisi dengan beberapa slot yang menarik. Program ini telah berlangsung selama 2 hari , iaitu pada 26 dan 27 Oktober.

Slot yang pertama hari Jumaat, adalah slot pengurusan bencana negeri yang disampaikan oleh Pejabat Pembangunan Negeri Kelantan. Kemudian diteruskan dengan slot Ilmu Falak dalam Bencana oleh Ustaz Mohd Nor Husain. Seterusnya slot Psychological First Aid (PFA) oleh Dr. Azlin Amat. Selain itu, pada waktu petang telah dipenuhkan dengan slot JKM dalam pengurusan bencana oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Kelantan.

Pada waktu malam pula diisi dengan slot yang disampaikan oleh Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM)
Program diteruskan lagi pada hari Sabtu, dengan slot terakhir iaitu juga daripada Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM). Program ini telah berjayanya dijalankan hingga ke majlis perasmian penutupan yang di rasmikan oleh YB Hjh Mumtaz Md Nawi selaku Pengerusi Jawatan Kuasa Kebajikan, Pembangunan Keluarga, dan Wanita Negeri Kelantan.

Banyak ilmu yang baharu dapat dipelajari dan diambil pakai daripada program ini. Slot yang diisi dengan simulasi program yang dijalankan dalam program ini merupan satu cara yang amat effektif dalam memudahkan peserta yang menyertai dan kami sendiri dari The 3rd Force memahmi konsep yang akan dilakukan seperti situasi yang sebenar.

Kesimpulannya, program ini amatlah memberi impak yang positif dalam meningkatkan lagi pengetahuan dan pengalaman kepada peserta-peserta untuk menguruskan sebarang bencana yg berkemungkinan akan berlaku dinegara kita tanpa jangkaan sesiapa pun. Jadi amat bersesuaianlah program ini dilaksanakan bagi memberi persiapan mental, spiritual, fizikal dan psikologikal buat para sukarelawan yang akan terlibat.

The 3rd Force amat berterima kasih kepada pihak yang telah menjemput kami seramai 4 orang untuk mengikuti kursus program ini.

Marilah Sama-sama kita berdoa agar tahun ini tidak berlaku sebarang bencana dan musibah dan berharap agar tahun ini dan tahun-tahun selepasnya tiada lagi berlaku bencana besar seperti banjir pada tahun 2014.

832total visits,1visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*