UPDATE: BANTUAN UNTUK 2 WARGA EMAS BUTA DI SITIAWAN

SITIAWAN, 27 Oktober 2018: Pagi ini sukarelawan kita sempat menziarahi Opah Zaharah dan Opah Zabedah di kediaman mereka beralamat 10 Kg Lumut Kiri, Sitiawan sambil membawa kiriman makanan dan lampin pakai buang dewasa dari kalian semua keluarga besar Thirdforce untuk mereka.

Kedua-dua warga emas OKU seronok menerima biskut, kek, roti, Milo dan Kopi O yang dikirimkan kepada mereka.

Kami juga maklum ahli keluarga opah-opah yang tilam dan bantal baharu untuk Opah Zaharah akan dihantar oleh pekerja kedai perabot hari ini.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua penyumbang yang sentiasa bersama kita. Kami amat terharu sebab ada insan dari sejauh negara Singapura yang terus bersama dalam gerak kerja kemanusiaan ini.

Untuk detail bagaimana boleh turut sama-sama membantu bolehlah PM ke inbox facebook page The Thirdforce Perak.

Jommmm jadi orang baik-baik

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Dilapor oleh:
Miss Cheah
Thirdforce Perak
27 Oktober 2018

422total visits,1visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*