PROGRAM MENYANTUNI FAKIR MISKIN DENGAN PEK BARANGAN DAPUR

SANDAKAN_ 27 Oktober 2818 | Alhamdulillah pagi ini team sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah telah menziarahi dari satu rumah ke satu rumah untuk berkongsi barangan dapur kepada fakir miskin. Panas dan letih itu perkara biasa yang akan dilalui sepanjang program sebegini.

Aktiviti kesukarelawanan ini selain memerlukan keikhlasan, idea dan pemikir ianya juga sangat-sangat memerlukan kecergasan fizikal. Siapa sebenarnya yang sangat sesuai menceburi bidang ini secara konsisten dengan kualiti seperti di atas??? tiada lain mereka ialah anak-anak muda yang berjiwa kental. Tidak hairan kebanyakan sukarelawan PERKALAS @The 3rd Force Sabah merupakan para anak muda yang datang dari pelbagai latar belakang. Tapi yang pasti mereka kuat pikul beras hihihi.

Aku suka memetik kisah berkait Mu’adz dan Mu’awwidz. Kisah ini diriwayatkan oleh Abdurrahman bin Auf RA, ketika perang badar, beliau telah didatangi dua anak muda. Kedua-dua anak muda ini bertanya kepada Abdurrahman bin Auf RA: “Pakcik, di manakah Abu Jahal?”

Kehairanan, lantas Abdurrahman bin Auf RA bertanya: “Mengapa kamu berdua mencarinya?”

Mereka berdua menjawab: “Kami mendengar bahawa Abu Jahal telah menghina dan menyakiti Rasulullah SAW. Hari ini kami akan tumbangkannya.”

Abdurrahman bin Auf RA kemudian menunjuk kepada Abu Jahal yang sedang dilindungi pengawal-pengawalnya di tengah medan peperangan. Kedua-dua pemuda itu pantas pergi ke sana, menebas musuh yang menghadang, dan kedua-dua mereka berjaya menumbangkan Abu Jahal.

Dari zaman dulu peranan anak muda sangat penting dalam apapun gerakan atau perjuangan. Berdasarkan konsep ini PERKALAS@The 3rd Force Sabah sangat menghormati, mengajak, mencari, dan sentiasa mentarbiah anak-anak muda agar ringan tangan turun padang untuk membantu fakir miskin.

Semangat anak muda ini luar biasa dalam membela kebenaran. Apapun peranan anak muda akan lebih terkedepan dengan adannya orang-orang lama yang ikhlas memberi masukan positif. Ketika aku menulis ini aku merasa muda semula kikikiki ini mungkin aura para anak muda.

Terima kasih kepada Cikgu Haris selaku koordinator kami di Sandakan, Ustaz Jalil, Puan Maisarah dan para sukarelawan kami yang terdiri dari anak-anak muda dari bumi Sandakan. Hanya Allah yang mampu membalas jasa dan pengorbanan kalian. Setinggi penghargaan kami juga ucapkan kepada seluruh keluarga besar PERKALAS@The 3rd Force Sabah di manapun anda berada. Sokongan, bantuan dan segala tunjuk ajar kalian menjadikan gerak kerja kemanusiaan ini terus merakyat.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

596total visits,1visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*