LUMPUH AKIBAT JATUH DARI MOTOSIKAL

AYER TAWAR, 29 Oktober 2018: Lawatan team 3rd Force Perak ke 77 Taman Manikavasagam, Ayer Tawar petang ini menemukan kita dengan En Alagesan Kumar a/l Jayagaran, 35 tahun, yang hidup bersama isteri, anak dan ibu mertuanya yang berusia 70an.

En Alagesan hanya mampu terbaring kaku sejak setahun lalu akibat kemalangan jatuh dari motosikal yang membawa kepada kecederaan kepada otak. Beliau bukan sahaja memerlukan penjagaan sepenuh masa dari isteri dan ibu mertua tetapi juga perlu diberikan bubur nasi melalui tiub yang dimasukkan melalui perutnya. Sepatutnya, beliau diberikan susu khas tetapi keluarganya tidak berkemampuan. Mereka bergantung kepada RM300 wang bantuan kebajikan ibu mertuanya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Menurut ibu mertuanya, walaupun menantunya sekadar terbaring, namun dia perlu diberi pengawasan setiap masa kerana perlu sedut air liur serta kahaknya melalui tiub dari leher. Isteri En Alagesan, Pn Valliamah, 38 tahun, hanyalah seorang suri rumah dan mengharapkan sepenuhnya pada suami yang kerja sebagai pengawal keselamatan sebelum kemalangan.

Dengan keadaan suami yang sedemikian Pn Valliamah ternyata tidak mampu untuk mencari pekerjaan. Tambahan lagi, mereka ada anak perempuan yang berumur 5 tahun. Kami dimaklum yang beliau telah mohon bantuan kewangan dari PERKESO dan juga JKM dan kini menunggu keputusan.

Pada akhir pertemuan, sukarelawan Thirdforce Perak memberi sumbangan makanan untuk perayaan Deepavali. Pihak yang ingin menghulurkan bantuan kepada En Alagesan boleh menghubungi En Muniandy di +60165557017 atau mesej ke inbox Facebook The Thirdforce Perak.

Marilah kita sama-sama mendoakan dan membantu En Alagesan dan keluarganya.
Kalau bukan kita siapa lagi.

Jom jadi orang baik-baik.

Together we can make a difference.

Dilapor oleh:
Miss Cheah
The Thirdforce Perak
29 Oktober 2018

107total visits,3visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*