PERSIAPAN RAK SYURGA DI HOSPITAL BESAR TAWAU.

TAWAU_ 30 Oktober 2018 | Alhamdulillah setelah sekian lama diimpikan akhirnya pihak PERKALAS@The 3rd Force Sabah dengan kerjasama Hospital Besar Tawau telah sepakat mengadakan Rak Syurga di hospital ini.

Antara tujuan Rak Syurga ini diwujudkan ialah :

1) Menyemai rasa peduli dalam kalangan masyarakat kita kepada golongan yang memerlukan.

2) Menyediakan ruang khas untuk masyarakat berkongsi rezeki atau bersedekah dengan mudah dan pantas.

3) Membantu golongan sasar (para pesakit fakir miskin, keluarga pesakit miskin yang bermalam menemani pesakit, dan golongan yang memerlukan.

In sya Allah esok team sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah bersama pihak hospital akan melancarkan program rak syurga ini. Petang ini para sukarelawan telah menyediakan beberapa keperluan asas untuk Rak ini seperti :
1. Rak
2. Mineral water
3. Sabun mandi
4. Syampo
5. Berus gigi
6. Ubat gigi
7. Minyak angin
8. Tuala wanita
9. Pampers orang tua
10. Minuman 3 in 1
11. Selipar
12. Mee segera
13. Gohnson’s baby cooling powder

Antara barangan yang sahabat-sahabat bole tambahkan ialah susu bayi, biskut, gelas plastik pakai buang, roti dan barangan keperluan diri (barangan kering).

Semoga dengan adanya Rak Syurga di daerah Tawau akan lebih menyebar luaskan budaya sedekah dalam kalangan masyarakat kita. Jom sahabat-sahabat di luar sana bersama kami sebarkan program ini agar lebih banyak akan terbantu. Terima kasih kepada pihak pentadbiran hospital besar Tawau atas kerjasama yang diberikan.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Related Post

Leave us a reply

*

*