SUMBANGAN PEK DEEPAVALI UNTUK KELUARGA INDIA MISKIN

MANJUNG, 28 Oktober 2018: Lima buah keluarga miskin dari kalangan orang India disekitar Manjung telah menerima bantuan daripada The Thirdforce. Bantuan berupa barangan makanan dan juga duit raya untuk anak telah disampaikan kepada mereka ini.

Lima buah keluarga miskin ini telah dikenalpasti oleh sukarelawan TF Perak, Pn Nalini Devi dan Mrs Lai Yoong Wong. Keluarga ini telah dibantu oleh Thirdforce Perak. Terdapat ahli keluarga OKU dan yang ada penyakit daripada 4 keluarga ini. Mereka dari golongan yang berpendapatan rendah dan ada 2 keluarga yang tinggal di rumah yang usang.

Semoga dengan pemberian bantuan ini dapat meringankan bebanan kehidupan harian lima keluarga India ini menjelang perayaan Deepavali nanti.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua penyumbang yang sentiasa bersama kita.

Kepada mereka yang ingin turut sama-sama membantu bolehlah PM ke inbox facebook page The Thirdforce Perak.

Jommmm jadi orang baik-baik

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Dilapor oleh:
Miss Cheah
Thirdforce Perak

Related Post

Leave us a reply

*

*