AHAD | 13 JANUARI – Hari ini, sukarelawan Thirdforce Hariri dan Penghulu Abe Ise ke kampung Bukit Awang untuk lawatan susulan tentang kes Kak Suraya yang abangraja kongsikan semalam… ibu tunggal yang tinggal bersama dua orang anaknya dan juga ibu beliau yang sudah tua ini sangat memerlukan kasih sayang dan bantuan kita.

Abangraja dari petang semalam tak senang duduk rasanya dan kami diminta untuk menyegerakan bantuan terutama apabila melihat keadaan pondok usang mereka yg hampir roboh.

Lawatan pagi ini seperti diminta oleh abangraja bertujuan untuk menguruskan permohonan Blbantuan JKM setelah sukarelawan mendapati Kak Suraya dan keluarga tiada bantuan bulanan yang diterima dari Jabatan Kebajikan Masyarakat bagi membantu meringankan beban mereka sekeluarga.

Terima kasih kepada sukarelawan thirdforce saudara faizal dari JKM yg bantu memberikan kita tunjuk ajar apa yg perlu kita lakukan, borang2 yang perlu diisi dsbg. Kita dah download dan isi siap2 utk kak suraya.

Sebelum ini, mereka pernah mendapat bantuan JKM melalui Ayah kepada Kak Suraya, namun bantuan tersebut telah ditamatkan setelah Ayahnya meninggal dunia dua tahun yang lepas. Disinilah ngo dan pemimpin setempat serta agensi yg berkaitan perlu memainkan peranan sebab orang miskin ini mereka tak tahu cara dan nak keluar ke bandar pun mereka berkira kira.

Sewaktu sukarelawan tiba dirumah, Kak Suraya bersama anak beliau adik Nur Suffiya Amylda, 12 tahun dan adik Nur Suffiya Natasya, 11 tahun, baru pulang ke rumah dari sekolah. Adik Amylda dan adik Natasya bersekolah yang terletak berhampiran dengan rumah mereka.

Hati sukarelawan berasa sebak melihat adik Amylda dan Natasya yang mengigil kesejukan kerana terpaksa mengharungi air dihadapan rumah mereka yang telah naik hingga ke paras betis, akibat dari hujan yang berterusan dari semalam hingga ke hari ini. Abangraja tak dapat bersama hari ni disebabkan hujan yg lebat sejak 2 hari lepas dan menhadkan pergerakan abangraja dengan kaki palsu di kawasan yg digenangi air.

Menurut Kak Suraya perkara ini biasa berlaku jika hujan lebat yang berterusan. Ini kerana, kawasan rumah yang didiami oleh mereka sekarang ini agak rendah dan mudah untuk dinaiki air.

Doakan semoga proses untuk membuat permohonan Bantuan JKM untuk Kak Suraya sekeluarga berjalan dengan lancar agar dapat menampung pembelanjaan mereka sekeluarga yang hanya bergantung kepada pendapatan Kak Suraya yang tak seberapa sebelum ini.

Abangraja bercadang untuk kita sama-sama bantu membina sebuah rumah yg selesa utk kak suraya, anak-anak dan ibunya sepertimana asnaf-asnaf yg pernah kita sama-sama bantu sebelum ini. Untuk itu ada beberapa perkara yg perlu di selesaikan terutama isu tanah, surat ke benaran bina rumah dsbg yg bakal dibantu oleh penghulu abe ise dan penghulu kamsani.

Kalau menemui jalan buntu jugak kita pakat2 belilah tanah sekeping kat mana2 kita buat lagi satu penempatan utk orang miskin mcm yg telah kita sama-sama buat di Batu Balai kuala krai dulu…

Jommmm bersama abangraja kita bantu sikit sorang. Ini adalah satu lagi kes yg sangat genuine utk kita rebutkan saham akhirat kita sama.

Jommm jadi orang baik-baik
Kita pakat2 bantu sikit sorang ya 😭😭

Whatsapp abangraja 017-3872232 seperti biasa utk sama-sama membantu atau plan untuk sama-sama ziarah.

WE ARE THE THIRDFORCE
TOGETHER WE ARE STRONGER

Muhamad Hariri
Pasir Puteh Kelantan
13 Januari 2019

2922total visits,4visits today

Attachments
  • 1-4
    1-4
  • 1-3
    1-3
  • 50015949_10161246657185134_3251967142802751488_o

Related Post

Leave us a reply

*

*