ISNIN | 4 Februari 2019 – Hari ini, Sukarelawan Thirdforce, Hariri dan Ewan membawa Kak Suraya bersama anak-anak beliau Adik Amylda dan Adik Natasya ke Maybank cawangan Jerteh, untuk membantu mereka dalam urusan pembukaan akaun kepada anak-anak Kak Suraya.

Alhamdulillah… Urusan hari ini berjalan dengan lancar dan cepat walaupun agak ramai yang datang untuk membuat urusan di bank pada hari ini, sebelum cuti Tahun Baru Cina.

Semoga dengan adanya akaun simpanan untuk Adik Amylda dan Adik Natasya ini dapat membantu mereka menabung untuk pembelajaran mereka pada masa akan datang. Terima Kasih kepada penyumbang yang sama-sama membantu Kak Suraya sekeluarga.

Laporan ringkas
Muhamad Hariri
Sukarelawan Thirdforce

15360total visits,2visits today

Related Post

Leave us a reply

*

*