TAWAU_ 8 April 2019 | Kira-kira jam 10.00 pagi tadi satu kebakaran berlaku memusnahkan tujuh buah rumah iaitu 12 ketua keluarga telah kehilangan tempat tinggal. Petang tadi team sukarelawan PERKALAS@The 3rd Force Sabah telah bergerak bersama unit media kami untuk mengambil beberapa gambar di tapak kebakaran dan menghantar bantuan yang berupa barangan makanan kering, beras, kopi mix, mee segera, mineral water dan sabun mandi.

Jom warga Tawau kita turun bersama menghulurkan bantuan untuk meringankan beban para mangsa. Apapun bentuk bantuan seperti pakaian, selimut, kelengkapan solat, dan minuman serta makanan. Terpenting ialah ada beberapa adik-adik kita yang masih bersekolah di sekolah rendah dan menengah turut terbabit dan kehilangan semua seragam sekolah, buku dan alat tulis lain akibat kebakaran ini. Semoga semua mereka akan terbela sewajarnya.

Sebarang update aktiviti PERKALAS@TF SABAH boleh ke page rasmi kami https://www.facebook.com/perkalas791/

atau anda juga boleh follow

https://www.facebook.com/rajashamri/

JOM JADI ORANG BAIK-BAIK !!!!

“KEBAHAGIAAN UNTUK SEMUA”

KAHAR HUSENG
PERKALAS@TF SABAH
01119560583

Attachments

Related Post

Leave us a reply

*

*