KANSER MEREBAK KEMBALI : PERJUANGAN BARU ADIK AFZA

1/5/2019 | Kubang Kerian | Dalam kita teruja menunggu Ramadhan tiba, ada yang berjuang dalam sepi. Masih ingatkah kita pada adik Afza yang dulu viral kerana menghidap sakit kanser tulang? Yang kita bantu, dari beliau hampir putus asa namun bangkit melawan kesakitan diiringi doa seluruh rakyat Malaysia. Kita sangkakan ujian ke atas beliau berakhir setelah memotong kaki bahagian kanser tersebut, namun kini kita dikejutkan dengan berita bahawa kanser itu kembali bersarang di tubuh adik Afza setelah setahun lebih beliau sembuh dan dapat kembali kesekolah.

Adik Afza yang kini berusia 17 tahun tidak dapat lagi ke sekolah kerana “ketulan” kanser yang baru naik semakin membesar di bawah bahu kanannya. Walaupun agak tidak menyangka hal ini akan terjadi, beliau tetap bersemangat melawan penyakit tersebut dan tidak akan berputus asa.

Hari ini Kak Mah melawat Adik Afza di HUSM Kubang Kerian. Adik Afza di sini kerana menjalankan kimoterapi susulan kuman yang menyerangnya. Ibu Adik Afza berkata, sebelum dimasukkan ke hospital, adik Afza jatuh di tandas kerana kaki palsunya tidak muat dengan kakinya. Dugaan sungguh buat anak ini.

Walaupun dalam kesakitan, dia menyapa Kak Mah dengan seyuman dan penuh sopan. Dia mengharapkan sokongan dan doa dari kita semua. Doa kak Mah dan seluruh rakyat Malaysia ada berasamamu nak.

Mari kita doakan Adik Afza cepat sembuh ya. Adik Afza hendak ke sekolah lagi, hendak merayakan Ramadhan dan Raya di rumah bersama ibu dan adik adiknya. In Shaa Allah, Allah sentiasa melindungimu nak.

Pesan abangraja kita ramai dalam ni jommm la pakat doakan adik afza kerana sesungguhnya doa itu kan boleh ubah takdir.. Tadah tangan pejam mata dan doakan lah. Sekejap saja. Satu hari mungkin kita juga perlukan doa seperti ini.

InsyaAllah.

Kak Mah
0129492923
Thirdforce Rantau Panjang

Related Post

Leave us a reply

*

*