Alhandulillah selesai majlis kesyukuran meraikan kemenangan yang julung kalinya tercipta untuk pasukan memanah SK Kampong Raja yang turut dihadiri para pemanah pelajar sekolah SKKR, keluarga, guru-guru dan juga sukarelawan thirdforce.

Biasanya di bandar kecil seperti di Pasir Puteh ini jika ada kejayaan yg dicipta oleh para pelajar maka cikgu2 akan bawak pergi belanja makan di KFC sajalah 😉 Namun kali ini Cikgu2 dan abangraja berpakat untuk bawa ke sebuah restoren steamboat di bandar Jerteh Terengganu dan turut mempelawa ibubapa serta keluarga pemanah pelajar untuk turut serta.

Seronok tengok anak2 dari golongan B40 ini dapat pengalaman baru makan steambot. Rata-rata inilah kali pertama mereka makan dan kenal apa itu steamboat. Terkejut juga dengan sambutan yang luar biasa bilamana ramai ibubapa yang hadir dan rata-rata melihat dan memberi sokongan penuh kepada usaha guru besar Cikgu Rahim dan juga PIBK sekolah untuk menjayakan Transformasi Sekolah TS25.

Bagi abangraja, bersama-sama anak-anak pelajar dan ibubapa yang rata-rata dari golongan B40 ini adalah satu kepuasan. Apa lagi anak-anak kampung yang serba dhaif ini telah berjaya menunjukkan potensi luar biasa mencipta kemenangan besar menyapu bersih kesemua pingat yang dipertandingkan untuk kategori mereka biarpun hanya dengan peralatan asas bow kayu sahaja.

Dalam ucapannya Guru Besar menyatakan kegembiraan guru-guru melihat pencapaian yang ditonjolkan dan bagaimana sukan sunnah ini telah berjaya merubah personaliti pelajar kampung yang ada antaranya dulunya sedikit nakal tetapi kini lebih fokus dan berdisiplin.

Abangraja juga selaku Pengerusi PIBK sekolah besama-sama dengan sukarelawan thirdforce akan sentiasa bersedia membantu anak2 di pedalaman ini seadanya. Hari ni Thirdforce bantu sediakan tarnsport utk bawa ibubapa dan anak-anak yang tak ada transport untuk keluar ke bandar agar dapat turut sama hadir.

Semoga Allah kekalkan kita dalam rahmatnya.

“Sekolah kita kebanggaan kita”

-TF Media-

#SKKRPasirPuteh
#kitaluarbiasa
#extraordinary

Related Post

Leave us a reply

*

*